kerana ingkar Perkhidmatan Negara ,Bekas perenang Malaysia dijel

 Bekas perenang Malaysia yang memegang status penduduk tetap Singapura dihukum penjara lapan minggu hari ini kerana ingkar memenuhi kewajipan Perkhidmatan Negara (NS), menurut rangkaian berita televisyen CNA.

Lim diberikan status penduduk tetap di bawah Skim Bakat Sukan Asing pada Mac 2014 dan tertakluk kepada syarat di bawah Akta Pendaftaran Negara, demikian laporan tersebut.

Beliau menerima notis pendaftaran untuk Perkhidmatan Negara pada Mei 2014 tetapi pada masa sama beliau menerima tawaran biasiswa daripada sebuah entiti swasta untuk melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Amerika Syarikat mulai September 2014.

Laporan itu menyebut Lim mendaftar untuk Perkhidmatan Negara pada Mei 2014 dan memohon penangguhan yang diberikan sehingga Mei 2017 bagi membolehkan beliau melanjutkan pengajian diploma di politeknik di republik itu.

Namun begitu, Lim gagal menamatkan pengajian dan meninggalkan negara itu pada Julai 2014.

Pada bulan sama, Lim dan keluarganya cuba memohon penangguhan Perkhidmatan Negara supaya beliau dapat melanjutkan pengajian ke universiti tetapi permohonannya tidak berjaya kerana Kementerian Pertahanan ‘biasanya tidak memberikan penangguhan untuk pengajian universiti’, kata laporan itu.

Menurut laporan itu, keluarga Lim dimaklumkan mengenai bon untuk permit keluar diberikan tetapi mereka tidak berpuas hati dengan dasar sedemikian.

Mereka tidak memberi bon sedemikian dan sebaliknya terus memohon untuk menangguhkan pendaftaran Perkhidmatan Negara pada 2014 dan 2015.

Selepas pihak berkuasa Singapura memberitahu bapanya pada Februari 2015 bahawa anaknya perlu menempah tarikh untuk saringan kesihatan sebagai persediaan untuk mendaftar, bapa Lim berkata anaknya sudah memulakan pengajian universiti di Amerika Syarikat dan akan melepaskan status sebagai penduduk tetap.

Menurut portal itu, Lim yang pulang ke Singapura pada 2 Jun 2015 kemudian disahkan sihat untuk pendaftaran pada 7 Julai 2015 tetapi beliau meninggalkan republik itu pada hari yang sama ke Amerika Syarikat dan terus berusaha memohon penangguhan.

Laporan itu menyebut Lim gagal untuk melaporkan diri untuk pendaftaran pada 11 Nov 2015 dan polis mengeluarkan waran terhadapnya.

Perenang itu akhirnya pulang ke Singapura pada 11 Jun 2018 selepas menamatkan pengajian di universitinya.

Lim, yang kemudiannya mendaftar pada April 2019 dan menamatkan Perkhidmatan Negara pada 2 Feb 2021, dibenarkan memulakan hukuman pada 23 Feb ini

Sumber:https://malaysiagazette.com/2021/02/10/bekas-perenang-malaysia-dijel-kerana-ingkar-perkhidmatan-negara/

Baca Artikel Penuh