Bagi sesetengah individu, mimpi hanyalah mainan tidur dan tidak perlu terlalu difikirkan. Namun, ada yang berpendapat, mimpi selalu membawa mesej yang lebih besar dan bukan hanya ‘sebahagian dari fasa rehat badan’.
Sebagai contoh, bekas kekasih yang sudah lama kita tidak dengar khabarnya atau kawan-kawan sekolah muncul tiba-tiba di dalam mimpi. Sudah tentu ia sesuatu yang aneh dan membuat kita tertanya-tanya apakah ada mesej yang cuba untuk disampaikan?
Mimpi adalah sebahagian daripada kehidupan nyata. Ini kerana otak akan memproses emosi dalam hidup kita sehingga kita menghasilkan sebuah dunia baru ketika tidur.
BACA JUGA : Ini 3 kaedah pantas melangsaikan hutang
Sebab itulah, sesiapa sahaja boleh masuk ke dalam mimpi kita walaupun ia hanyalah orang asing yang korang terjumpa lima minit lalu.
Menurut pakar kesihatan tidur Alesandra Woolley, seseorang akan kerap muncul di dalam mimpi jika kita menghabiskan banyak waktu dengannya.
Ia juga boleh terjadi sekiranya seseorang itu berjaya membuat kita berminat dengannya di dunia nyata. Kerana terlalu memikirkannya, kita juga sangat berpotensi untuk melihatnya di dalam mimpi.
BACA JUGA : Banyak angin dalam badan? Doktor ini kongsi caranya…
Bagaimana kalau kita pula yang muncul di dalam tidur seseorang?
Tidak semestinya kita harus memiliki hubungan rapat untuk muncul di dalam mimpi seseorang. Tapi ia adalah petanda seseorang itu tertarik kepada kita dan itu bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Menurut pakar itu lagi, jika seseorang itu bermimpi tentang kita. Orang itu mungkin berminat untuk bersahabat atau berminat kepada kita.
Selepas ini kalau kita termimpi-mimpi seseorang di dalam tidur, terutama kawan lama. Apa kata telefon mereka dan bertanya khabar. Mana tahu rupanya memang dia sedang teringat akan kita?
Mimpi memanglah hanya mainan tidur. Tapi kalau dah mimpi makan kek sedap-sedap macam mana? Bab makan boleh buat gaduh tau!