Kerjasama dengan Bersatu pada PRN Melaka? ‘No way’, kata Zahid

Kerjasama dengan Bersatu pada PRN Melaka? ‘No way’, kata Zahid

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan menjadi PRN yang pertama menyaksikan Umno bertanding menentang Bersatu sejak Langkah Sheraton yang menyaksikan kedua-dua parti itu bergabung untuk menjatuhkan Pakatan Harapan tahun lalu.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Malaysiakini bahawa partinya tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya negeri akan datang.

“Saya minta maaf … No way,” katanya dalam pesanan teks ketika ditanya apakah kerjasama yang ada antara kedua-dua parti Melayu itu akan diteruskan.

BACA JUGA : Pas mesyuarat tergempar malam ini bincang isu calon PRN Melaka

Malaysiakini menghubungi Zahid untuk bertanya mengenai pendirian Umno, susulan pengumuman pembubaran DUN Melaka semalam yang menyebabkan PRN perlu diadakan.

Umno dan Bersatu adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan, yang kini dipimpin oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dari Umno.

Namun, kedua-dua parti tegang dalam banyak hal, dengan peristiwan besar termasuklah peranan Umno dalam memaksa Muhyiddin Yassin, yang merupakan presiden Bersatu, berundur sebagai perdana menteri pada bulan Ogos.

BACA JUGA : Abang kepada Perdana Menteri akan lancarkan parti baru iaitu Parti Kuasa Rakyat

Perhimpunan Agung Umno awal tahun ini juga memutuskan bahawa parti itu akan memutuskan hubungan politik dengan Bersatu pada pilihan raya akan datang.

Sementara itu, Zahid juga bersetuju bahawa PRN Melaka akan menjadi ujian untuk membuktikan bahawa Umno tidak memerlukan Bersatu untuk memenangi pilihan raya.

Dewan Undangan Negeri Melaka mempunyai 28 anggota.

Sebelum pembubaran DUN Melaka semalam, yang dicetuskan oleh konflik dalaman dalam kerajaan negeri BN-PN, Umno memegang kerusi terbanyak berbanding parti lain dengan 14 Adun, sementara Bersatu hanya memiliki dua.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Sulaiman Md Ali hilang majoriti selepas empat Adun, termasuk dua dari Umno dan satu Bersatu, mengumumkan penarikan sokongan mereka.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/594329

COMMENTS