Kes penumpang Malindo Air tersadai, Menteri Pengangkutan beri ‘amaran’ ini

Kes penumpang Malindo Air tersadai, Menteri Pengangkutan beri ‘amaran’ ini. Menteri Pengangkutan telah mengarahkan pengurusan syarikat penerbangan Malindo Air untuk memohon maaf kepada semua penumpang yang ‘tersadai’ di lapangan terbang baru-baru ini.

Anthony Loke Siew Fook berkata, pihak Malindo Air akan menghubungi semua penumpang yang terjejas sebagaimana yang dinyatakan pihak syarikat itu ketika dihubungi beliau.

Anthony memberi respons tersebut menerusi ciapan di Twitternya, pada Isnin susulan aduan seorang pengguna Twitter, Mohd Firdaus Jailan yang juga merupakan penumpang yang terkesan.

Kes penumpang Malindo Air tersadai, Menteri Pengangkutan beri 'amaran' ini

“Salam Firdaus, saya dah hubungi pengurusan @malindoair. Mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab,” katanya.

Pada Jumaat, Firdaus menerusi ciapan Twitter miliknya, meminta Anthony melakukan tindakan segera mengenai pengurusan Malindo Air yang didakwa tidak menjaga kebajikan penumpang apabila pesawat yang dijadualkan untuk mereka tergendala lebih 8 jam.

Video rungutan individu tersebut juga tular di media sosial menyebabkan orang ramai turut membuat gesaan dan mahu kerajaan memberi perhatian tentang perkara tersebut.

BACA:

Ini senarai penuh Bantuan tahun 2023 yang diumum PM

Neelofa dah tak ada job agaknya, asyik buat Live di media sosial?

Kena gelak kerana profesyen jual kayu api, tapi income buat ramai terbeliak mata

+ posts