Kesan besar jika keluar simpanan KWSP

Kesan besar jika keluar simpanan KWSP

Rakyat yang mengeluarkan wang daripada akaun persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menghadapi kesan daripada tindakan itu, menurut perancang kewangan berlesen, Robert Foo.

Beliau berkata, kesan jangka panjang daripada pengeluaran itu tidak akan memanfaatkan pencarum, terutamanya jika KWSP menjual asetnya untuk menyediakan berbilion-ringgit bagi pengeluaran.

Awal bulan ini, kerajaan mengumumkan pencarum KWSP dibenar mengeluarkan sehingga RM10,000 daripada Akaun 1, yang mengandungi simpanan persaraan, mulai tahun depan.

 

Foo berkata, idea membenarkan pencarum mengeluarkan wang titik peluh mereka untuk berdepan masa sukar “cela pada dasarnya”. Sebaliknya, kerajaan sepatutnya membantu rakyat.

Katanya, kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaan operasi, seperti memotong gaji menteri dalam Kabinet “yang besar itu” dan ahli Parlimen, atau peruntukan buat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), selain menyalurkan wang untuk program bantuan.

Cukai keuntungan modal boleh dikenakan ke atas golongan kaya-raya, walaupun kadar cukai itu kecil.

“Sekarang kita membenarkan orang miskin, yang sudah bergelut membuat keputusan buruk untuk mereka dalam jangka panjang,” katanya sambil mendakwa kerajaan “sangat tidak bertanggungjawab” dengan membenarkan rakyat mengorbankan simpanan persaraan mereka.

“Kita tahu ramai yang mempunyai masalah menguruskan wang mereka,” katanya yang mengendalikan MyFP Services Sdn Bhd.

Berdasarkan pengalamannya, Foo berkata, ramai sebenarnya tidak tahu jumlah simpanan mereka dan berbelanja tanpa rancangan. Hanya selepas mereka tiada pendapatan lagi, mereka mula menyedari berapa banyak atau sedikit wang yang tinggal untuk persaraan.

“Masa itu, ia sudah terlambat,” katanya.

 

Tahun lalu, The Edge melaporkan statistik KWSP menunjukkan 2/3 ahli KWSP yang berusia 54 tahun mempunyai simpanan persaraan kurang daripada RM50,000, sementara 50% pencarum berusia 55 tahun ke atas menghabiskan simpanan mereka dalam 5 tahun.

Sumber:https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/30/kesan-besar-jika-keluar-simpanan-kwsp-kata-perancang-kewangan/

COMMENTS