Kesian budak budak skrg. Tak pergi sekolah dengan alasan “urusan keluarga”. Kecik kecik dah kene uruskan keluarga. Semoga dipermudahkan anak anak yang menguruskan keluarga.
Posting asal di atas ni sama seperti dalam tangkap layar pada gambar pertama. Apa sebenar maksud posting tu sehingga ramai yang tersalah faham?
Begini ya bagi kita jelaskan sedikit sebagai mantan memegang jawatan guru kelas kali terakhir adalah tahun lepas (2021).
Sekiranya anak anda tidak dapat hadir ke sekolah atas alasan tertentu, ibu bapa mohon buat surat rasmi sebagai makluman kepada guru kelas.
Dan dalam surat tersebut perlu dinyatakan sekiranya ada URUSAN KELUARGA sila nyatakan apakah urusan @ masalah tersebut mengikut sebab pada gambar berwarna kuning (gambar akhir).
Kerana itu antara sebab ketidakhadiran yang perlu ditanda oleh setiap guru kelas setiap hari semasa mengunci masuk kehadiran di sistem APDM setiap hari.
Jadi ibu bapa jangan beranggapan bahawa guru² ni sibuk mahu ambil tahu pasal anak murid. Padahal kami cuma menjalankan tugas sahaja.
Dan sekiranya tanpa surat pemberitahuan ketidakhadiran dihantar akan mengakibatkan anak anda menerima surat Amaran 1, Amaran 2 dan Amaran 3 sehingga boleh membawa kepada kes buang sekolah atas alasan tidak hadir ke sekolah tanpa sebab.
Jadi faham kan maksud posting Siti Nurhanim tu? Jangan lupa beri surat kepada guru kelas ya kalau anak anda tidak hadir ke sekolah.
Jum jadi ibu bapa cakna.
BACA :