[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]KFC Malaysia kehabisan Ayam! kfc menu kfc delivery kfc menu malaysia kfc malaysia kfc near me kfc promotion kfc vaksin kfc bucket kfc feedback [/bg_collapse]
KFC Malaysia, ketika ini akui pihak perkhidmatan mengalami gangguan beberapa bekalan makanan buat sementara waktu – sehingga menjejaskan penawaran menu utama mereka di beberapa cawangan negara.
Antara menu utama yang terjejas adalah penawaran menu ayam goreng bersama bekalan kentang. Untuk makluman, isu ini telah didepani oleh segelintir pelanggan sejak Sabtu (5 Februari) lalu dan sehingga kini pada paparan platform pesanan makanan, terdapat beberapa cawangan hanya menawarkan menu seperti nugget ayam, wedges dan beberapa menu sampingan sahaja.
Hi, dukacita dimaklumkan kerana gangguan rantaian bekalan global akibat pandemik, KFC turut terjejas. Situasi tidak diduga mengakibatkan hidangan dalam menu utama kehabisan stok sementara waktu. Kami berusaha keras mencari penyelesaian alternatif. Kesabaran anda kami hargai.
— KFCmalaysia (@KFCmalaysia) February 13, 2022
KFC Malaysia pada ciapan Twitter rasminya memaklumkan ketirisan bekalan yang dihadapi adalah berpunca dari ganguan rantaian bekalan global.
Pihaknya memberi jaminan akan menyelesaikan isu ini dalam kadar segera serta mencari penyelesaian alternatif untuk penuhi permintaan pengguna.
BACA JUGA: Iqbal lari malam tadi, pihak Astro cerita sesuatu yang terjadi pada Iqbal
Netizen dedah isteri Remy Ishak rupanya janda anak dua, ini respon tuan badan…
Makin singkat, netizen perasan sesuatu pada dada Hannah Delisha