Kisah perjanjian Pawang Kadir dengan buaya yang ramai tak tahu, ‘Buaya Pahang tak baham orang’

Pernahkah anda dengar satu cerita mengenai buaya di Pahang? Katanya, buaya-buaya ini tidak pernah membaham manusia.

Tetapi, mengapa buaya di Sungai Pahang tidak menganggu manusia seperti buaya-buaya di sungai lain?

Menurut sebuah video di laman TikTok, seorang pengguna bernama Azmi telah memberikan jawapan.

Kisah perjanjian Pawang Kadir dengan buaya yang ramai tak tahu, 'Buaya Pahang tak baham orang'

Tambahnya, walaupun Sungai Pahang merupakan habitat untuk ratusan ekor buaya, mereka tidak pernah membaham manusia.

“Mengikut kepercayaan orang dulu-dulu, buaya ini pernah mengikat satu perjanjian dengan seorang pawang.”

“Pawang tersebut dikenali sebagai Pawang Kadir, seorang pawang yang sangat terkenal di Pahang suatu ketika dahulu. Beliau merupakan seorang alim yang berasal daripada Kampung Guai, Temerloh, Pahang.”

Tambahnya lagi, Pawang Kadir juga merupakan Pawang Diraja dan pernah mengikat perjanjian dengan buaya-buaya di Sungai Pahang.

“Dalam perjanjian tersebut, seluruh keturunan buaya tidak boleh menganggu manusia. Begitu jugalah dengan manusia.”

Meninjau ke ruangan komen, ramai orang Pahang mengakui pernah mendengar cerita yang sama sebelum ini.

“Betul tu, saya orang Pahang. Ramai orang tak tahu ada buaya lagi besar di Sungai Pahang iaitu buaya putih sekiranya dia naik kedarat maka tandanya akan banjir,” kata Nur.

“Buaya di Pahang memang baik, tapi buaya darat yang paling di takuti,” kata Rose.

BACA :

‘Ingatkan selamat dah. Pemilik baru pulak kena saman Majlis. Ceritanya begini…’
‘Aku bersyukur sangat dapat suami malas. Masa sarat hamil, aku sanggup berjalan sendiri pergi bazar’
‘Abah kan ada katil kat rumah, kenapa tidur kat tanah’