KISS : Bantuan RM200 sebulan bagi pembelian barangan keperluan asas. Kerajaan Negeri Selangor mengiktiraf peranan penting kaum ibu dalam sesebuah keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.
Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).
Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.
Peserta program dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).
MANFAAT KAD KISS
- Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
- Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
- Urus niaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
- Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
- Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
- Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik
SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN
- Beras
- Mi dan Bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan Garam
- Rempah ratus
- Tepung
- Minyak masak
- Sayur-sayuran
- Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
- Sabun dan bahan pencuci (detergent)
- Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
- Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya
- Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian. Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.
- Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak / tanggungan di bawah umur 18 tahun ATAU di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 2,000.00
- Berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pangkalan data eKasih.
BACA:
Pakar cadang naikkan had umur lesen motosikal kepada 21 tahun
Yusuf Haslam beri nasihat kepada Puteri Sarah supaya lakukan perkara ini