Konsert depan masjid, kerajaan Kedah hanya mampu zahirkan kekesalan

Konsert depan masjid, kerajaan Kedah hanya mampu zahirkan kekesalan

Konsert depan masjid, kerajaan Kedah hanya mampu zahirkan kekesalan. Kerajaan Kedah kesal dengan penganjuran konsert di dataran berhadapan Masjid Zahir di sini pada Sabtu seperti mana dimuat naik di media sosial.

Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah, Datuk Najmi Ahmad berkata, biarpun program yang dianjurkan mendapat perhatian pihak berkaitan, namun acara hiburan seperti konsert sebagai penutup program dianggap kurang sopan.

Menurutnya, program berkenaan dilihat menjejaskan nama baik kerajaan Kedah yang merupakan negeri bawah pimpinan Pas.

Konsert depan masjid, kerajaan Kedah hanya mampu zahirkan kekesalan

“Program ini pada sebelah pagi kita lihat disusun dengan baik oleh penganjur, ada pelbagai jualan dan gerai dibuka, bagaimanapun pada sebelah malam dianjurkan konsert pula,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut Najmi, pengisian program itu dilihat tidak wajar tambahan pula lokasinya tidak jauh dari masjid dan Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Sebelum ini, beberapa video berhubung penganjuran konsert yang dihadiri pelbagai peringkat umur khususnya golongan muda dimuat naik di pelbagai platform media sosial.

Dalam video terbabit, pengunjung dilihat bercampur lelaki dan wanita meraikan persembahan hiburan di pentas sehingga mendapat sorakan ramai.

BACA:

Ini 7 wasiat terakhir Syeikh Qaradhawi buat semua pemimpin Islam dunia

Elizabeth Tan kongsi gambar cium mulut dengan suami sekali lain pula netizen perasan

Mengejutkan! Pemuda ini tunjuk bukti “orang cina pun main santau juga, bukan melayu je”