Kuari roboh, operator jentolak tertimbus dihempap batu besar

Kuari roboh, operator jentolak tertimbus dihempap batu besar

Seorang operator jentolak dilaporkan telah tertimbus bersama jenteranya selepas dihempap batu besar dalam satu insiden di Bau, Sarawak.

Menurut laporan Bernama TV, kejadian tersebut berlaku dalam satu tragedi kuari roboh di Kampung Tanjung Durian Siniawan.

Memetik laporan Utusan Borneo, jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian sekitar 3.18 petang tadi.

BACA JUGA : Tular remaja 17 tahun baru nikah, madukan isteri pertamanya pada hari yang sama

Katanya, maklumat awal daripada pemanggil mengatakan kuari berkenaan roboh lalu menimbus pemandu beserta jengkaut yang dikendalikannya.

Setakat ini, keadaan mangsa masih belum dapat dipastikan.

COMMENTS