‘Lagi dilarang, lagi ramai yang pergi…’, rupanya masih ramai yang tak tahu kenapa tak dibenarkan pergi Al Ula

“MAKIN dilarang pergi ke Kota Al Ula, makin ramai yang pergi.”

Demikian luahan kekecewaan peminat terhadap pelakon sensasi, Zul Ariffin yang dilihat menikmati percutian di Kota Al Ula, Arab Saudi.

Kekecewaan peminat itu disebabkan kawasan tersebut dilarang dikunjungi umat Islam.

'Lagi dilarang, lagi ramai yang pergi...', rupanya masih ramai yang tak tahu kenapa tak dibenarkan pergi Al Ula

“Zul, kenapa dalam banyak-banyak tempat awak harus memilih Al Ula sebagai tempat percutian,” luah peminat.

“Sekarang, yang jadi agensi pelancongan dia (Zul)atau jemaah lain tidak menasihati diakah?” soal pengikut.

Hasil semakan HibGlam, video percutian bintang drama Perempuan Itu telah dimuat naik dalam aplikasi TikTok pada 13 Ogos lalu.

Namun, video tersebut kembali meraih perhatian apabila Kota Al Ula menjadi tular sebagai destinasi pelancongan popular, baru-baru ini.

Untuk rekod, Al Ula terkenal sebagai tempat turunnya azab Allah SWT kepada kaum Nabi Saleh.

Bahkan, ketika hayat Rasulullah SAW, baginda mengelak daripada singgah di lokasi digelar kota hantu atau kota terkutuk itu.

Selepas beribu tahun sepi, kerajaan Saudi hari ini membuka kota itu sebagai kawasan pelancongan sehingga ia mendatangkan tanda tanya buat umat Islam di seluruh dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

BACA :

‘Aku dan suami menangis bila terjatuh talak 3. Suami mula cari ‘cina buta’…’
‘Arwah mak pesan 28 tahun dahulu, jika sidai baju diampaian jangan buat benda ni…’
‘Semalam order shawarma kat kedai arab ni, macam mana benda ni boleh ada dalam bungkusan makanan customer’