Lagu duet Aliff Syukri, Baby Shima ‘Babyku Sayang’ trending no. 1

Lagu duet Aliff Syukri, Baby Shima ‘Babyku Sayang’ trending no. 1

Lagu duet Aliff Syukri, Baby Shima ‘Babyku Sayang’ trending no. 1. Lagu dangdut, Baby Sayang nyanyian duet usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan penyanyi, Baby Shima sedang trending nombor satu di YouTube selepas 10 jam dimuat naik di platform tersebut semalam.

Tinjauan Kosmo! di YouTube hari ini menyaksikan ‘Baby Sayang’ masih kekal di tangga pertama mengatasi beberapa video muzik lain seperti Blackpink.

Sehingga kini, video muzik tersebut berjaya menerima lebih 300,000 tontonan kurang dari 24 jam.

Terdahulu, Aliff Syukri memaklumkan bakal mengundur diri dari media sosial disebabkan beberapa perkara yang timbul berkaitan dirinya.

Namun, selang beberapa hari, usahawan tersebut dilihat kembali aktif di TikTok bagi mempromosikan lagu terbaharunya itu yang mula dilancarkan semalam.

Lagu duet Aliff Syukri, Baby Shima 'Babyku Sayang' trending no. 1

Rata-rata orang ramai menyifatkan Aliff Syukri sebagai seorang yang ‘pekak telinga’ dan tidak serik walaupun dikecam bertubi-tubi ekoran beberapa video yang dikongsinya sebelum ini dikatakan kurang sopan.

Terbaharu, Aliff Syukri memuat naik video berterima kasih kepada orang ramai yang masih sudi menonton serta mendengar lagu Baby Sayang sehingga trending di YouTube.

Katanya, dia tidak mengejar populariti malah hanya ingin menghiburkan orang ramai dengan hasil seninya.

BACA:

“Rajin solat tapi skandal dengan suami orang, tak malu ke?”

Netizen dedah scammer sekarang dah berkubu di Grab, Shoppee

Beli bisnes sushi, rupanya untuk cuci wang haram