Lana Nordin bedah hidung lagi sekali ini yang jadi

Lana Nordin bedah hidung lagi sekali ini yang jadi. Tanpa segan silu, pelakon Lana Nordin mendedahkan dia sekali lagi melakukan pembedahan pada bahagian hidungnya.

Kongsi keadaan muka

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Lana berkongsi perkembangan diri selepas 15 hari menjalani pembedahan di Seoul, Korea.

Dalam video tersebut, Lana, 42, menyatakan dia tidak mengalami sebarang kesan sampingan malah bengkak di mukanya sudah surut.

Kata pemilik nama Mazlina Hasan Nordin, dia akan membuka balutan di hidungnya dalam masa tujuh hari lagi.

Lana Nordin bedah hidung lagi sekali ini yang jadi

Hi, ini merupakan hari kelima selepas pembedahan, surprisely tak ada bengkak dan lebam di muka. Saya pun dah mula keluar berjalan di Seoul.

Saya tak ada rasa pening dan sakit di bahagian muka. Seperti mana anda lihat, bengkak di muka saya dah hilang, tak ada dah bengkak. Dalam masa tujuh hari lagi akan buka balutan.

Padam video

Walau bagaimanapun, pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa memadam video itu selang beberapa minit dikongsikan.

Namun, Youtube Selebriti Malaysia bertindak pantas memuat naik semula di akaun miliknya.

Sebelum ini, Lana mengakui pernah menjalani pembedahan rhinoplasty bagi membetulkan hidungnya yang patah akibat kemalangan ketika zaman persekolahan.

BACA:

Polis buru lelaki buat aksi panas sama jantina dalam surau

Helikopter terhempas di Cameron Highland, ini keadaan mangsa menurut Polis

PU Abu menyesal dengan kesilapan lalu

+ posts