Lauk dah siap hidang tapi nasi belum masak, suami ceraikan isteri

Lauk dah siap hidang tapi nasi belum masak, suami ceraikan isteri. Tindakan seorang suami yang sewenang-wenangnya melafazkan talak gara-gara lauk sudah dihidang si isteri tetapi nasi belum siap dimasak, mendapat perhatian pengguna di media sosial.

Seorang peguam syariah, Suriati Ghani berkongsi perkara tersebut di akaun Facebooknya setelah berkesempatan mendengar perbicaan kes pengesahan lafaz cerai di mahkamah, hari ini.

“Suami lafaz cerai sebab isteri dah masak lauk, tetapi nasi belum masak. Berdekah-dekah syaitan gelak sebab benda kecil pun manusia tidak boleh sabar,” tulisnya di dalam hantaran tersebut.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati orang ramai menyelar tindakan sang suami itu yang dikatakan tidak cuba untuk bertolak ansur dan bersabar dengan hal-hal kecil seperti itu.

Lauk dah siap hidang tapi nasi belum masak, suami ceraikan isteri

“Suami yang tidak boleh sabar, diuji sikit terus cerai. Iman senipis kulit bawang,” komen seorang pengguna.

“Sebenarnya tolak ansur itu amat perlu, berkomunikasilah antara pasangan. Hal kecil tidak perlu diperbesarkan. Kalau lapar sangat, keluar beli makanan dekat kedai, tidak perlu bertekak dengan pasangan,” komen seorang netizen pula.

Sehingga kini hantaran tersebut telah mendapat 1,200 tanda suka, 207 komen dan 150 perkongsian.

BACA: 

Hubungan sulit isteri mangsa, belajar bom di youtube jadi fokus kes letupan

Jurulatih kontroversi tampar pemain akhirnya tampil bersuara

+ posts