Leka rakam video di tandas lelaki, pemuda ini dicekup orang ramai

Leka rakam video di tandas lelaki, pemuda ini dicekup orang ramai

#TIKTOKKantoi rakam video di tandas lelaki, pemuda kecut perut dicekup orang ramaiPublished 20 seconds ago on October 5, 2021By Nuha Kefli

Kita sememangnya tidak sedar bahawa ramai orang yang bahaya di sekeliling kita. Sebab itulah kita diminta untuk sentiasa berhati-hati walaupun dimana pun berada.

Walau bagaimanapun, tetap juga ada yang melakukan kejahatan di tempat-tempat awam seakan menyangka tiada sesiapa melihat perkara mungkar yang dilakukan.

Skodeng lelaki dalam tandas

Hal tersebut samalah seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @botakk.haa apabila memuat naik video seorang lelaki yang berjaya ditahan orang awam selepas dipercayai merakam video pengguna tandas lelaki di sebuah stesen minyak.

@botakk.haa kantoi buat kerja tak clear rakam orang dalam tandas dia ni gayboy #gayboykantoi #fyp #esekeli #foryoupage #lawakmalaysia #fypシ ♬ Sounds like a mystery music box – Yohei

@botakk.haa part 2#fypシ #lawakmalaysia #foryoupage #esekeli #fyp #gayboykantoi ♬ Quirky – Oleg Kirilkov

Cuba nak delete rakaman

Menerusi video-video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok itu, daapt dilihat lelaki berkenaan pada awalnya tidak memberi kerjasama ketika orang ramai mahu melihat rakaman yang dilakukan.

Akhirnya, rakaman yang dibuat di telefon bimbit itu berjaya dilihat orang awam walaupun lelaki berkenaan cuba untuk memadam gambar serta video di galeri telefon.

@botakk.haa part 3 #fypシ #lawakmalaysia #foryoupage #esekeli #fyp #gayboykantoi ♬ bunyi asal – Zaid🤞 – abg.botakk☺️

Dah dibawa ke balai polis

Lelaki yang membuat rakaman di tandas awam itu juga dimaklumkan sudah dibawa ke balai polis berhampiran bagi membuat keterangan berhubung perkara tersebut.

@botakk.haa Ending nye dia kena tangkap part last#fypシ #lawakmalaysia #foryoupage #esekeli #fyp #gayboykantoi ♬ bunyi asal – Zaid🤞 – abg.botakk☺️

Risau nak pergi tandas sekarang

Sehubungan dengan itu, pelbagai komen diterima di media sosial dengan mengecam tindakan lelaki berkenaan yang melakukan perbuatan tidak senonoh seperti itu.

“Ni kira aib siapa yang kena jaga”

“Orang berak pun kau nak rakam”

Risau betul kalau toilet2 lubang

Sumber : OMM

COMMENTS