Lelaki baran tengok isteri layan video lucah, nekad bakar isteri hidup-hidup

Lelaki baran tengok isteri layan video lucah, nekad bakar isteri hidup-hidup. Seorang lelaki di Indonesia nekad membakar isteri dan anaknya selepas menangkap wanita itu sedang menonton video lucah di telefon bimbit, lapor laman berita suarajatim.

Kejadian yang berlaku di daerah Sidoarjo Jawa Timur itu didedahkan oleh Ketua Polis Sidoarjo Wahyu Bintoro dalam hantaran di akaun media sosial rasmi @polresta_sidoarjo.

Insiden yang berlaku pada Ahad lalu bermula selepas suami wanita tersebut dikatakan terlalu beremosi dan telah bertindak menyimbah petrol ke isterinya sebelum menyalakan pemetik api.

“Isterinya didapati sedang menonton video lucah di telefon bimbitnya, lalu suaminya akibat terlalu beremosi bertindak mencurah petrol ke atas isterinya dan kemudian menyalakannya dengan pemetik api.

“Ini menyebabkan isteri dan anaknya yang berhampiran di tempat kejadian melecur,” katanya.

Lelaki baran tengok isteri layan video lucah, nekad bakar isteri hidup-hidup

Pelaku bernama MTA, 29, manakala isterinya, WS, 29, dan anaknya MAP, 6.

Selepas menyimbah petrol, MTA menyalakan api menggunakan tisu lalu melemparkannya ke arah WS.

Kesannya, kedua kaki isteri suspek melecur dan kedua mangsa yang melecur segera keluar dari rumah dan diselamatkan oleh penduduk setempat.

Jiran mangsa yang bernama To, mengaku melihat kedua mangsa dari dalam rumah sempat melambai tangan meminta pertolongan.

“Dalam keadaan melecur, isterinya meminta tolong. Namun jiran rumah berdekatan hanya melihat tetapi tidak membantu bimbang ada salah faham kerana suaminya seorang yang baran,” kata To lagi.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian pelaku membawa kedua mangsa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

“Keluarga mangsa tidak dapat menerima kejadian itu dan telah melaporkan kes itu kepada polis. Khabarnya, pelaku sempat mengugut akan melarikan diri jika kes ini dilaporkan,” kata To.

BACA:

Bergaduh sebab wang agihan jual tanah, suami isteri ditemui mati dengan kesan tembakan

Ratu Victoria halang Kerajaan Turki Uthmaniah bantu Ireland lebih banyak, takut status tercalar

Netizen dah naik menyampah layan isu ‘tak nak tunjuk muka’ anak Neelofa

+ posts