Lelaki berkorban bertugas offshore, tunang lari dengan lelaki lain

Lelaki berkorban bertugas offshore, tunang lari dengan lelaki lain

Tugas offshore sememangnya menjanjikan pulangan gaji yang lumayan buat mereka yang sanggup harungi 1001 cabaran yang tersedia di lautan.

Namun begitu, tak dinafikan antara dugaan terbesar adalah pengorbanan tempoh berpisah lama dengan ahli keluarga serta insan tersayang.

Paling dirisaukan, waktu ‘merantau’ tiba-tiba dapat berita yang tidak menggembirakan.

Member seolah-olah murung…dapat tahu tunang bakal nikah dengan orang lain

BACA JUGA : Tular video kemalangan ngeri di jalan Ipoh, Sentul hari ini

Itulah situasi yang dialami oleh seorang pemuda yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini.

Ketika orang lain sibuk bekerja, dia dilihat seolah-olah melayan perasaan sambil meneliti telefon bimbit bersendirian.

Rupa-rupanya, perakam dedahkan bahawa lelaki tersebut baru sahaja dapat tahu tunangnya kini bakal berkahwin dengan orang lain.

@_doreyzzKawan dapat tau tunang dah nak kahwin dengan orng lain😌#anakrantau #pergikeranatugaspulangkeranacinta #Tenang

♬ original sound – SHAFIQMANAN

Bagi kata-kata semangat…member senyum saja

Susulan itu, dia ditenteramkan oleh rakan sekerja yang sudi memberi kata-kata semangat.

Apa yang menariknya, pemuda tersebut tak pernah lekang daripada senyuman setiap kali member perasan gelagatnya tersebut.

Namun apa yang dilihat di luar belum tentu mencerminkan apa perasaan sebenar yang terbuku di dalam hati.

@_doreyzzReply to @adhamafiq25 dia okay ja bang 😊@_amalgreat ni orng dia bang

♬ Terima Kasih – IamNeeta

Sungguh perit, dah tunang tinggal selangkah je lagi…semoga tabah, fikir kerja je dulu ok

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji ketabahan pemuda tersebut yang mampu tersenyum di sebalik dugaan menimpanya.

BACA JUGA : Sarawak kini menjuarai kes tertinggi, Selangor ditempat kedua

Dalam pada itu, mereka turut terkilan dengan tindakan bekas tunangnya di saat lelaki berkenaan berjuang ‘menghalalkannya’.

Secara keseluruhan, video tersebut telah meraih lebih 200 ribu views setakat ini.

Sumber : https://viralnewsupdates.com/murung-dalam-senyum-petugas-offshore-dapat-tahu-tunang-bakal-nikah-orang-lain/

COMMENTS