Lelaki dibelasah sampai mati selepas buat kacau

Lelaki dibelasah sampai mati selepas buat kacau

Perbuatan seorang lelaki dipercayai mabuk merosakkan kenderaan dan memukul adiknya mengundang padah apabila mati dibelasah ahli keluarganya di Ladang Baru Kelanang di sini semalam.

Kejadian itu terbongkar selepas polis menerima maklumat pukul 10.15 malam berhubung kematian seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an daripada Hospital Banting.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, siasatan awal mendapati kejadian bermula apabila mangsa datang ke rumah keluarganya dalam keadaan mabuk pada pukul 6.30 petang hari sama.

Katanya, mangsa kemudianya telah mengganggu dan memukul beberapa ahli keluarganya.

“Kenderaan milik adiknya turut dirosakkan apabila cermin kereta dipecahkan menggunakan batu bata.

JIKA ANDA TERLEPAS : Isteri langgar suami sampai mati ditahan pihak berkuasa

“Ekoran itu, ahli keluarga yang berang dengan perlakuan itu bertindak memukul mangsa menggunakan kayu, kerusi dan batu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa yang parah di kepala dibawa ke Hospital Banting sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Susulan kejadian itu, polis menahan 16 ahli keluarga mangsa berusia 17 hingga 60-an bermula pukul 1 hingga 3 pagi tadi untuk siasatan lanjut.

Tangkapan itu termasuklah ibu bapa, adik-beradik dan saudara mara terdekat mangsa.

“Polis merampas senjata seperti kayu, batu dan kerusi yang digunakan semasa kejadian.

“Kes disiasat di bawah mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/02/pemabuk-mati-dipukul-ahli-keluarga/?utm_source=dable

COMMENTS