Lelaki dijerat vc awek scammer, ‘Suami tiba-tiba ajak balik epas sembang dengan pegawai dibalai’

Suamiku Terkena Scam

Hi, nama aku Odah (bukan nama sebenar). Kisah ni baru terjadi dalam hidup kami.

Aku mohon pendapat dan kata kata semangat dari korang. Sebelum tu, aku mintak maaf kalau ayat aku berterabur.

Baru baru ni, suami aku terima satu panggilan video dari nombor yang tak dikenali.

Lelaki dijerat vc awek scammer, 'Suami tiba-tiba ajak balik epas sembang dengan pegawai dibalai'

Suami aku angkat dan si scammer tu tayang buah dada.

Seperti dipukau suami aku turuti kata scammer untuk tunjuk kemalvan dia. Terus scammer tu tamatkan video call tu.

Suami aku baru tersedar dengan apa yang dia dah buat. Itulah KESILAPAN terbesar dalam hidup dia. Kebetulan pulak dia tak berbaju.

Scammer dah screensh0t video muka suami aku dan kemalvan dia. Apalagi dia mula peras ugus suami aku untuk bayar duit kalau tak dia sebar video tu.

Suami aku terlalu takut, dia pergi bankin duit wey. Dah la tengah bulan duit cukup cukup ja nak survive sampai hujung bulan.

Esok pagi selepas dia bankin dia terpaksa cerita semua ni dekat aku. Sambil luahkan semuanya dia menangis berharap aku tak berasa jijik dan tinggalkan dia.

Mengucap panjang dengar semua ni lepas dia tunjuk coversation tu.

Scammer Indonesia tu dia send voice ugut suami aku untuk bayar lagi. Aku sakit hati sangat terus ajak suami aku pergi buat report polis.

Sampai dekat balai polis jumpa dengan seorang pegawai ni. Tapi pegawai ni ajak suami aku sembang jauh sikit dari aku. Lepas sembang suami aku terus ajak balik. Eish pelik kenapa tak terus buat report?

Dalam kereta suami aku cerita yang pegawai polis tu cakap,

“Bdoh! kenapa ko bdoh sangat? Kebdohan semua berpunca dari ko! Tak payah buat report nanti mengaib kan ko dan isteri. Tak sayang isteri ko ke”

Lepas tu pegawai polis tu send voice maki dekat scammer tu. Teruk la scammer tu kena maki.

Nasihat pegawai polis tu, block dan buat tak tau. Kalau dia dah sebar ko deny je. Sebab dorang pun tak boleh buat apa, ni scammer oversea. Banyak dah kes camni jadi.

Balik tu suami aku masih resah tak de selera makan. Kejap kejap datang mintak maaf dekat aku. Dia malu kalau keluarga dan kawan kawan dia tengok video tu.

Aku kesian tengok suami aku, dia dah tak ceria macam sebelum ni.

Pada aku, dia suami yang sangat baik, bertanggungjawab tapi sebab tersalah langkah dia kena tanggung semua ni.

Aku harap Allah pelihara aib dia dan video tu tak tersebar dan pelaku dapat balasan.

Korang hati hatilah kalau dapat video call dari orang yang tak dikenali. Jangan angkat, kalau angkat tutup camera depan.

Okay tu saja, terima kasih sebab baca. Doakan aku sekeluarga dipermudah urusan melalui dugaan ni.

BACA :

Keluarga terkejut jenazah berdengkur, ‘Roh terkunci, jasad seperti mati..’
Cara buat air barli untuk dijadikan stok, tinggal cedok dan tambahkan air panas saja
‘Korang jangan install app gila ni, pinjam 200 kena bayar sampai 15k’