Lelaki ini dedah kenaikan OPR turut beri kesan kepada penyewa. Bila bank menaikkan kadar faedah, yang terkena tempias bukannya tuan rumah je.. penyewa pun bakal terasa lepas ni.. Mustahil tuan rumah yang sering dianggap kapitalis tak naikkan sewaan bulanan lak kan kalau bank pun dah naikkan instalment..
Contoh macam ni, bulan lepas elok je 1600 lebih, bulan ni terus jadi 1822.. ini pula Bank Negara bakal naikkan OPR lagi minggu ni.. haha mau cecah 2K ni..
Tu sebab kalau cashflow korang yang paras-paras tengkuk yang tak pernah naikkan kadar sewa lebih 3 tahun.. korang mungkin akan mengalami negative cashflow apabila opr bakal dinaikkan lagi minggu ni..
Jadi apa yang patut dilakukan kalau rumah kita disewakan? Adakah terus menanggung kerugian dengan topup yang mencecah ratusan ringgit setiap bulan? Sehingga bila pula tu?
Pada aku..
1. kalau hartanah yang telah disewakan melebihi 3 tahun tanpa sebarang kenaikkan kadar sewa boleh lah berbincang atau slowtalk dengan penyewa untuk naikkan sikit sekitar 5%-10%
2. Perjanjian diminimumkan kepada setahun, setahun.. kalau sebelum ni korang malas nak renew, mesti korang buat terus 2-3 tahun kan? Namun cons dia korang tak boleh review balik kadar sewa kerana terikat dengan tempoh perjanjian korang tu..
3. Memberi nilai tambah untuk win-win situation kepada penyewa.. kalau sebelum ni korang sewa dengan kadar RM500 mungkin lepas ni nak naikkan kepada RM600.. apa nilai tambah yang korang boleh berikan kepada penyewa? Contoh ekzos fan di dapur ke, kipas di bilik ketiga ke, cuci tangki air 2 tahun sekali ke.. penyewa pun rasa berbaloi..
4. Jika penyewa memohon kurangkan harga, fahami mereka dan cuba untuk memenuhi permintaan mereka, jika minta kurang pun tak perlulah ikut 100%, mungkin 3 bulan pertama bagi je pengurangan.. bermula bulan ke-4 sewa akan ikut semula kadar biasa..
5. Jika melibatkan kerosakan, cara terbaik untuk sama-sama membantu penyewa ialah dengan sama-sama mengeluarkan kos pembailkan.. namun walaubagaimanapun pembaikkan ini cuma melibatkan struktur yang tidak boleh disentuh seperti bumbung ke, paip dalam dinding ke.. kalau kepala pili air atau lampu rosak tu, penyewalah yang perlu bertanggungjawab.. dah penyewa yang guna setiap hari..
Kalau waktu MCO ada tuan rumah yang faham dengan mengurangkan kadar sewa atau memberi pengecualian kepada penyewa, dah tibalah masanya penyewa memahami perasaan tuan rumah ketika semua benda nak naik harga hari ini.. beli rumah bukan mudah.. bukan murah dan ada yang mengikat perut semata-mata mengumpul deposit.. so jangan kecam mana-mana pihak. Sama-sama kita memahami antara satu sama lain..
Kredit : Ihsan Zainal
BACA:
Beli durian Black Thorn RM117, lelaki ini terlopong tengok isinya
Teringin jadi model seluar dalam, hasrat Baby Shima buat netizen tersedak