Lelaki oku jual nasi 8 bungkus sehari untuk menyara 3 anak.
Setiap pagi kecuali jumaat beliau akan menjual nasik lauk ikan 4 bungkus, nasik lemak 4 bungkus, mee 3 bungkus dan kuih jeput 5 plastik yang diletak oleh penduduk kampung.
Ditanya kenapa sikit sangat? Sikit pun tak berapa laku kalau banyak tak tau lah jawab beliau. Berapa keuntungan sehari? Kalau laku semua dapat la dalam rm5, kalau tak laku kadang-kadang dapat rm3 atau rm2 jer ujar beliau.
Lalu penulis borong semua nasik dan kuih jualan beliau supaya beliau boleh balik berehat dirumah dan tak perlu dah berniaga hari ini yang entahkan laku entah kan tidak.
Nasik dan kuih tadi penulis agihkan kepada beberapa orang tukang kebun di masjid al Sultan Ismail Petra Kubang Kerian.
Kepada yang berada disekitar kawasan Mel Lundang, tolong-tolong supportlah pakcik ini berniaga dengan membeli jualan beliau.
BACA :