Tadi masa bawak ambulan, aku perasan ada lelaki di sebelah kiri ambulan sedang kira duit not RM5. Masa tu di hentian lampu isyarat.
Bila lampu bertukar hijau, aku meneruskan pemanduan seperti biasa. Sampai di hentian lampu isyarat seterusnya, lelaki tersebut berhenti di sebelah pemandu dan mengetuk cermin. Aku menurunkan cermin.
Beliau menghulurkan 4 keping not RM5 yang berjumlah RM20. Aku segera bertanya untuk apa duit ini. Beliau menjawab beliau sedekahkan duit ini untuk aku isi minyak ambulan.
Aku terdiam campur terharu.
Aku perasan name tag dan uniform kerja lelaki ini.Dari pemerhatian aku, beliau bekerja di stesen minyak.Selesai tugasan hantar pesakit, aku menuju ke stesen minyak yang berhampiran dengan tempat aku.
Tekaan aku tepat.Beliau memang bekerja di situ.Aku minta nombor telefon beliau dari rakan sekerjanya.
Aku wasup dan ucapkan terima kasih.
Aku berjanji akan belanja dia makan.
Beliau merupakan insan istimewa.
Terima kasih kerana sudi sedekah duit minyak untuk ambulan kami.Beliau mendapat tahu perkhidmatan ambulan percuma ini dari facebook aku dan beliau berazam untuk turut sama berinfaq kapada pertubuhan kami.
BACA :