Lelaki tergamam jumpa ‘benda’ ribuan ringgit dalam perut ayam semasa sembelih

Lelaki tergamam jumpa ‘benda’ ribuan ringgit dalam perut ayam semasa sembelih.

Ramai orang suka menternak ayam kerana mahu mendapatkan telurnya dan juga untuk dijual bagi mencari pendapatan. Oleh itu, kalau ternak ayam tapi kemudian tidak bertelur kadang-kadang akan membuatkan penternaknya merasa kecewa dan bengang seperti yang berlaku kepada lelaki ini.

Gara-gara bengang dengan ayamnya yang tidak bertelur selepas bertahun-tahun, seorang lelaki membuat keputusan untuk menyembelih ayam tersebut untuk dijadikan lauk makanan. Tapi kemudiannya dia terkejut besar apabila menemui sesuatu yang aneh di dalam perut ayamnya.

Lelaki tergamam jumpa 'benda' ribuan ringgit dalam perut ayam semasa sembelih

Selepas menyembelih ayamnya, lelaki ini menemui satu benda seberat 70g yang berbentuk bujur dan lebih besar daripada telur itik. Permukaan benda itu pula terasa keras seperti batu dan berwarna coklat kekuningan.

Dia bagaimanapun tidak tahu apakah sebenarnya benda tersebut dan kemudian mengambil gambar dan bertanyakan rakan-rakannya.

Rupanya-rupanya benda tersebut merupakan harta karun yang tersembunyi dalam perut ayam dan dianggarkan bernilai mencecah ribuan ringgit.

Benda itu ialah “Chi Bao” atau lebih dikenali sebagai “harta karun ayam”. Dikatakan ianya hanya muncul pada sel telur yang sakit tapi hanya segelintir ayam yang memiliki benda tersebut.
‘Harta karun ayam’ yang juga kadangkala disebut empedu ayam itu boleh mencecah ratusan ringgit per gram.

Ianya sering digunakan ubat herbal di negara China.

Berita Lain:

Alieff Irfan sebak menangis bila tahu isteri pregnant, pernah ada dm “isteri mandul ke”?

Ini sebab mengapa penduduk Rotterdam nak baling telur busuk dekat kapal layar Jeff Bezos

Baru usia 18 tahun, founder produk ini beli Alphard cash! Siap longgok duit atas meja…

COMMENTS

Wordpress (0)