Lim Kit Siang cadang sidang Parlimen secara maya

Lim Kit Siang cadang sidang Parlimen secara maya

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mempersoalkan mengapakah pihak pentadbiran parlimen tidak membuat sebarang persediaan untuk persidangan Parlimen secara maya dalam gelombang ketiga wabak Covid-19 di negara ini.

Soalnya, apakah kerajaan Perikatan Nasional tidak memberikan kebenaran kepada pihak parlimen untuk mengadakan persidangan secara maya, memandangkan tumpuan utama mereka adalah bagaimana untuk menggantung persidangan parlimen.

Lim berkata, jika persidangan secara maya diadakan, tidak perlulah ahli-ahli parlimen daripada Sabah dikuarantin di bilik hotel selama 14 hari di Kuala Lumpur, sebelum menjalani ujian saringan Covid-19 untuk menghadiri persidangan belanjawan pada 2 November ini.

“Ahli-ahli Parlimen Sabah ini seakan-akan menjalani tahanan perseorangan selama 14 hari di bilik hotel mereka di Kuala Lumpur.

“Pengalaman ahli-ahli prlimen Sabah yang perlu menjalankan kuarantin berasingan di bilik hotel ini seakan-akan serupa dengan penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ditahan secara bersendirian selama 60 hari pertama mereka sebelum akta ini dimansuhkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Lim, laporan Covid-19 semalam yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan bahawa negara belum lagi mencapai kemuncak gelombang ketiga walaupun terdapat peningkatan jumlah kes harian.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/547732

COMMENTS