LIMA Tanda Bayi Kurang Susu.. Mommies sila ambil tahu!

LIMA Tanda Bayi Kurang Susu.. Mommies sila ambil tahu!

Pemberian susu badan ibu amat penting untuk bayi yang baru lahir. Bukan sahaja mempunyai 1001 jenis khasiat malah susu ibu berupaya memberi nutrien yang penting untuk perkembangan otak bayi. Kata orang, kalau nak tahu anak cerdik atau tidak itu semua bergantung kepada susu badan ibu yang berkualiti.

Tapi, bagaimana pula kalau ibu tidak dapat bekalkan susu yang cukup dan menyebabkan bayi kurang susu yang sihat?

Berikut merupakan tanda-tanda bayi anda mengalami kekurangan susu badan supaya para ibu cepat-cepat boleh ‘topup’ khasiat ini.

*TANDA BAYI KURANG SUSU BADAN*

Ramai ibu baru yang cemas sebab rasa baby tak cukup susu sampaikan terus bagi susu formula. Saiz perut baby baru lahir hanya sebesar biji ceri. Memang baby minum susu sikit je pada mulanya. Ini tanda-tanda baby tak dapat susu yang cukup:

*1.Ada urate crystal dalam lampin bayi*

Urate cystals boleh muncul beberapa hari selepas baby lahir. Selalunya berwarna merah jambu atau oren yang biasanya terjadi pada bayi lelaki yang tak cukup susu.

*2.Warna air kencing jadi pekat macam air teh o.*

Bukan orang dewasa sahaja, bayi pun boleh mempunyai air kencing pekat seperti teh o jika tidak mempunyai kandungan susu yang cukup. Lebih kurang macam dehydrated.

*3.Kekerapan tukar lampin*

Tukar lampin bayi kurang dari 5 kali sehari. Bila susu tak cukup, kencing pun kurang. Bayi yang tak cukup susu mungkin kencing 1-2 kali sahaja setiap hari. Ini tak normal.

Bayi mesti ditukar lampin 6-10 kali sehari. Barulah dikira cukup susunya.

*4.Berat badan*

Berat badan bayi naik kurang dari 25 gram (< 25g) sehari antara usia 1 hari hingga 3 bulan. Seminggu selepas bayi lahir, berat badan bayi akan turun secara purata 10%. Kalau lahir berat 3kg, selepas seminggu berat bayi jadi 2.7kg. Ini normal. Masuk minggu kedua, bayi akan dapat semula berat asal semasa lahir (3kg).

*5. Secara purata, berat bayi jadi 2 kali ganda masa usia 5 bulan dan jadi 3 kali ganda masa umur setahun*

Kalau baby ada tanda-tanda ini, barulah dikira tak cukup susu. Kemudian boleh berbincang dengan doktor untuk tindakan selanjutnya. Baby tak cukup susu ni tak boleh main rasa-rasa je tau.

BACA JUGA:

Mesti tak selesa bila kaki sakit waktu tidur malam kan? Ini antara punca utama nya!

Bukan semua belalang adalah pelesit.. Kenal pasti ‘belalang pelesit’ yang perlu dibunuh jika masuk ke dalam rumah!!

Pernah makan lembu golek tak? Hah ini lembu golek pertama di Malaysia.. Dari jauh dah boleh hidu bau aromanya!

+ posts