Mahu undur atau tidak? Ini pendirian terkini Alif Syukri

Mahu undur atau tidak? Ini pendirian terkini Alif Syukri .Sebelum ini, usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri memaklumkan mahu undur diri dari media sosial selepas dikecam teruk, namun dia hanya mampu bertahan kurang seminggu apabila kembali mempromosikan lagu terbarunya, Baby Sayang.

Memetik Harian Metro, Aliff menafikan kaki drama semata-mata untuk meraih perhatian ramai. Aliff mengakui dia tidak boleh berpisah dengan Instagram dan hanya mampu bertahan tidak lebih empat hari tanpa media sosial itu,

“Bermain Instagram adalah hobi saya dan sebenarnya saya memang tak boleh berpisah dengannya (Instagram). Saya hanya mampu bertahan selama empat hari saja dan saya berasa sunyi apabila tidak membuka media sosial.

“Ketika itu (pengumuman), saya terasa hati dan tak boleh terima apa yang emak saya katakan kerana ia amat mengaibkan dan menghina diri saya. Jadi, air mata keluar dan saya kata, tak apalah aku ‘left’ semuanya (dari media sosial).

Mahu undur atau tidak? Ini pendirian terkini Alif Syukri

“Tapi, saya tak kata pun sampai mati atau selama-lamanya tinggalkan media sosial. Saya cuma kata, saya akan henti di sini, undur diri. Namun, saya hanya boleh tahan untuk empat hari saja tidak membuka media sosial, walaupun dah lari jauh-jauh dalam hutan, tepi pantai, namun tetap tak boleh,” katanya.

Kata Aliff lagi, dia hanya mahu bergelar penghibur namun segala usahanya tidak dihargai sebaliknya hanya kecaman dan cacian diterima daripada netizen. Dedah Aliff lagi, dia menerima tawaran untuk merakam tiga hingga empat lagu daripada syarikat rakaman.

“Orang kata suara saya macam itik lah, macam keldai, macam lembu, tapi saya tahu saya ada bakat itu dan peminat-peminat saya menanti-nantikan suara saya, lagu saya. Termasuk, saya ada dapat ‘offer’ tiga ke empat lagu daripada beberapa syarikat rakaman nak tandatangan kontrak dengan saya.

“Tapi saya ‘hold’ dulu sebab saya buat lagu sebagai hobi dan saya tahu saya penyanyi nombor satu. Sebabnya, lagu saya tak ada dapat nombor dua setakat ini di internet. Jadi, ke tepi ke tepi artis nombor satu nak jalan kerana saya terus maju ke depan,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff menegaskan apa yang dilakukannya bukan untuk mencetuskan kontroversi serta mempersoalkan mengapa orang ramai tidak menerima dirinya sebagai penyanyi.

“Apa kurang saya, nak kata tak lawa, dah lawa. Nak kata hidung tak mancung, dah siap dah. Tapi, kenapa tak boleh terima bakat saya. Sejujurnya, semua yang saya lakukan bukan sebab gimik, cuma nak rakyat Malaysia terima bakat nyanyian saya,” katanya.

BACA: 

Ini 3 teknik untuk elak duit tiba-tiba hilang dari akaun CIMB

Didakwa terlibat skandal LCS, Timbalan Menteri jawab Rafizi

+ posts