Mana untung antara PINJAMAN ASB atau SIMPANAN ASB?

Mana untung antara PINJAMAN ASB atau SIMPANAN ASB? asb online asb login dividen asb 2020 asb dividen 2020 asb share price asb loan asb dividen asb financing asb online login

 

Amanah Saham Berhad (ASB) ini diwujudkan demi mengalakkan masyarakat Bumiputera untuk meraih simpanan alternatif. Ia telah dilancarkan pada 2 Januari 1990. Melalui pelaburan ASB, ia boleh menjana pulangan atau faedah jangka panjang secara konsisten kerana unit pelaburannya yang dijamin kerajaan.

Pulangan setiap tahun yang akan diterima adalah konsisten.Manakala, harga seunit dana ASB adalah bersamaan RM1.00.

Dalam masa yang sama, sebarang kos jualan atau yuran tebus unit ASB ini tidak akan dikenakan caj.

Namun, pelaburan mengunakan ASB ini terhad sehingga RM200 000 sahaja. Had juga tiada fungsi jika perolehan dividen pelaburan lebih dari had pelaburan.

Sebagai contoh, pelaburan ialah sebanyak RM200, 000. Ia dijangka pada tahun depan setiap pelabur ASB bakal menikmati 10% peratus dividen. Jadi, nilai baharu dalam akaun ialah sebanyak RM220,000. Lebihan RM20,000 tidak akan dikira kerana melebihi had pelaburan.

Apakah Syarat kelayakan pelaburan ASB ?

Bumiputera yang merupakan orang Melayu, Pribumi Sabah dan Sarawak seperti yang tertakluk di dalam Perlembagaan Persekutuan dan serta Orang Asli seperti yang didefinisikan di dalam Akta Orang Asli 1954.

Kenapa Permohonan Melabur Boleh Ditolak?

Mana untung antara PINJAMAN ASB atau SIMPANAN ASB? asb online asb login dividen asb 2020 asb dividen 2020 asb share price asb loan asb dividen asb financing asb online login

Bukan warganegara Malaysia

Pemegang unit yang telah menyerahkan taraf warganegara Malaysia

Bukan Bumiputera/Pribumi Sabah/Pribumi Sarawak/Orang Asli (Bagi tabung unit amanah yang dikhaskan untuk Bumiputera sahaja).
Gagal mengemukakan bukti dokumen dimana anda ialah bumiputera.

Gagal memberikan maklumbalas yang diperlukan, selepas surat peringatan dikeluarkan oleh ASB.

  • Jenis Bank Yang Boleh Dibuat Pelaburan ASB
  • Maybank
  • ASB Financing
  • ASB Financing-i
  • Ambank
  • Term Financing-i secured by ASB / ASB 2 certificate
  • Term Loan ASB / ASB
  • Bank Simpnan Nasional
  • BSN MyRinggit ASB
  • Affin Bank
  • Affin ASB/ASB2
  • CIMB
  • CIMB ASB Financing
  • RHB
  • ASB Financing
  • RHB Easy
  • Easy-ASB
  • Pembelian Dana ASB juga boleh dibeli melalui POS Malaysia Berhad.

Cara Pembelian Dana ASB
Pembelian Dana ASB boleh dibuat tanpa wang tunai. Terdapat 3 cara bagaimana melakukannya.

Pengeluaran dana KWSP
Sekiranya pelabur berumur 18-55 tahun dan pelabur mempunyai sekurang-kurangnya lebihan RM5,000 dari jumlah simpanan asas Akaun 1 pelabur, pelabur boleh mengeluarkan sehingga 20% dari lebihan simpanan.

Melalui potongan gaji

Skim Potongan Gaji PPS (Pelan Pelaburan Sistematik) .

Pinjaman ASB
Membeli unit ASB dengan bank ejen yang berkerjasama dengan ASB seperti Maybank, BSN, CIMB, AmBank, RHB dan Affin Bank dengan pinjaman ataupun simpanan.

Pinjaman ASB Vs Simpanan ASB? | Mana Lagi Untung?
Di sinilah persoalan itu akan terjawab. Pasti ramai sudah tertanya-tanya yang manakah menerbitkan lebih keuntungan dari kedua-duanya.

Perkara ringkas yang anda perlu faham ialah, Simpanan ASB merupakan simpanan peribadi dan ia ialah satu produk pelaburan unit amanah yang dibeli oleh pemilik akaun dimana akan menerima agihan dalam bentuk dividen pada penghujung tahun kewangan semasa.

Jumlah dividen keseluruhan yang bakal diperolehi oleh pelabur adalah berdasarkan jumlah semasa simpanan pelabur di dalam akaun ASB. Contohnya jika kita menyimpan RM500 setiap bulan tanpa sebarang pengeluaran selama setahun, dividen akan diraih berdasarkan simpanan RM6000 tersebut.

Manakala bagi ASB Financing (ASBF), pelabur akan proleh dividen tahunan berdasarkan pembiayaan atau pinjaman yang dibuat dari pihak bank. Kebanyakkan pelabur akan mendapatkan pembiayaan secara pinjaman dengan jumlah yang besar dan maksimum iaitu sehingga RM200,000 untuk pulangan dividen yang maksimum.

Dengan jumlah pelaburan bulanan dan nilai dividen tahunan yang sama sebagai contoh dividen dijangkakan adalah sebanyak 10% pada tahun hadapan, pelabur yang membuat pinjaman ASB akan mendapat jumlah keuntungan dividen lebih tinggi daripada pelabur simpanan Asb.

Secara ringkasnya , peminjam ASB boleh dapatkan sebanyak mana-mana unit pelaburan kerana mereka membuat pinjaman akan tetapi pelabur yang menyimpan dana ASB akan mendapat dividen berdasarkan jumlah simpanan yang mereka mampu simpanan sahaja.

  1. Simpanan ASB Pinjaman ASB
  2. Saiz pelaburan minimum Pelaburan minimum RM10 Pelaburan minimum RM10,000
  3. Saiz pelaburan maksimum Terhad oleh jumlah wang dalam tangan & had
  4. pelaburan ASB Terhad kepada kuasa pinjaman & had pelaburan ASB
  5. Pulangan Tidak bermanfaat tetapi margin lebih tinggi Pulangan yang dimanfaatkan, tetapi margin yang lebih rendah
  6. Kos tambahan Tiada – Kos pembiayaan (pinjaman ASB)
  7. – Yuran dokumentasi dan pengurusan
  8. Risiko kadar faedah Tiada Dipengaruhi oleh perubahan BLR
  9. Lock-In Tiada. Boleh menebus unit untuk tunai bila-bila masa. Lock in period (biasanya 2 tahun dan ke atas) di mana unit yang dibeli menggunakan pinjaman ASB tidak boleh dijual.
  10. Tetapi pelabur boleh mengeluarkan tunai dari dividen tahunan.

BACA JUGA : Bukan hanya viral di tiktok, Mummy Jerung Merah buktikan dia boleh menyanyi

Wow! Ini senarai gaji 30 Syarikat Awam di Malaysia, berjuta sebulan

Bukan hanya viral di tiktok, Mummy Jerung Merah buktikan dia boleh menyanyi