Mawar Rashid sedih kena tinggal oleh suami..

Mawar Rashid sedih kena tinggal oleh suami..

Pelakon Mawar Rashid sedih gara-gara tidak dapat mengikut suaminya, Raf Yaakob menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shahputri Wan Abdul Rashid tidak dapat turut sama mengikut Raf mengerjakan umrah kerana perlu menjaga anak-anak.

“Rasa gembira bercampur sedih kerana tidak dapat ikut (mengerjakan umrah). Cemburu sebab Raden (suaminya) dapat beramal bersama jemaah dan tok guru kami, Abuya.

“Saya tidak dapat ikut sebab anak-anak tiada orang jaga,” katanya.

Mawar Rashid sedih kena tinggal oleh suami..

Dalam hantaran itu juga, Mawar memberitahu akan berpisah jauh buat sementara waktu dengan suaminya tercinta selama lebih kurang tiga minggu.

Walaupun tidak dapat mengerjakan umrah bersama-sama suami, pelakon berusia 27 tahun itu tetap berasa gembira kerana sudah merancang untuk ke Tanah Suci bersama keluarga pada hujung tahun ini.

Mawar Rashid sedih kena tinggal oleh suami..

“Semoga doa kami termakbul untuk sampai ke sana (Mekah). Saya doakan siapa sahaja yang impikan untuk sampai ke Mekah juga akan termakbul.

“Selamat menunaikan ibdah dan semoga dikurniakan umrah yang mabrur untuk suamiku tercinta,” kata Mawar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Sekadar info, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Rafael dan Rosabella yang masing-masing berusia empat dan dua tahun.

Tonton:

Berita Lain:
Adik Shila Amzah mengamuk, “Kau panggil mak aku pelacur!”

Bingit telinga dengar jiran masak pakai kuali, “nak ajak kita perang ke apa?”

Mahkamah arah guru agama dipenjara kerana rotan pelajarnya 5 tahun dahulu

COMMENTS

Wordpress (0)