Mayat terapung di Sungai pakai gelang kuarantin Covid-19

Mayat terapung di Sungai pakai gelang kuarantin Covid-19

Mayat lelaki dengan tangan memakai gelang kuarantin berwarna putih yang ditemukan terapung di Sungai Terengganu, berdekatan Kampung Banggol Cempedak, di Terengganu petang semalam disahkan negatif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata lelaki berusia 36 tahun itu sepatutnya memotong gelang kuarantin tersebut pada 18 Julai lepas, namun gagal dihubungi pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Terengganu.

“Susulan penemuan mayat berkenaan yang menjadi tular di media sosial, waris mangsa telah tampil ke Balai Polis Cabang Tiga pada pukul 12 tengah malam tadi bagi membuat laporan kehilangan ahli keluarga.

May be an image of one or more people and body of water

“Identiti lelaki terbabit telah disahkan oleh kakaknya yang berusia 38 tahun hasil daripada pengecaman fizikal dilakukan di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pagi tadi,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu hari ini.

Abdul Rahim memberitahu kali terakhir mangsa dihubungi kakaknya pada Jumaat lepas sebelum mereka terputus hubungan.

JIKA ANDA TERLEPAS : Tular video LRT bergerak laju tapi pintu tak tutup

Mangsa tinggal berseorangan di Kampung Batu Hampar, Manir sementara kakaknya menetap di tempat lain, katanya.

Abdul Rahim berkata hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat telah dituntut oleh ahli keluarga kira-kira pukul 3 petang tadi untuk proses pengebumian.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/584828

COMMENTS