Maybank ingatkan pelanggan jangan download apps ini. Maybank beri peringatan jangan download aplikasi ini di Handphone anda.Maybank kini telah mengeluarkan peringatan, meminta pengguna supaya berhati-hati dengan aplikasi berbahaya yang boleh mencuri maklumat pengguna seperti SMS TAC, nama pengguna dan juga kata laluan.
Maybank mengatakan penipuan sering dilakukan dengan paparan pengiklanan palsu, diskaun yang tinggi, penghabisan stok, dan juga berbentuk hadiah percuma – membuatkan aplikasi dimuat-turun, atau membuatkan anda berkongsi maklumat peribadi, serta membawa kepada laman pembayaran palsu.
Pengguna diingatkan supaya:
- Tidak memasang aplikasi daripada pautan yang diterima pada mesej
- Jangan benarkan aplikasi menghantar atau melihat SMS
- Jangan abaikan amaran yang dikeluarkan pada telefon
- Jangan masukkan maklumat perbankan pada laman web atau aplikasi yang mencurigakan
- Sentiasa menyemak imej sekuriti Maybank2u
- Sentiasa memastikan perisian antivirus anda dikemaskini
Membuat panggilan ke 0358914744 sekiranya akaun anda diceroboh.
BACA:
Isteri minta cerai sebab suami terlalu rajin kemas rumah
Impian pakai X50 berkecai, budak delivery henjut 180 km/j sampai eksiden
Selamba minta ‘resign’ pakai whatsapp, sekali majikan balas dengan ayat menusuk jiwa