Membimbangkan :Kadar keciciran di kalangan pelajar sekolah Semakin meningkat

Membimbangkan :Kadar keciciran di kalangan pelajar sekolah Semakin meningkat

Kadar keciciran di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di negara ini mencatatkan peningkatan tahun ini sejak bermulanya wabak Covid-19, kata Menteri Pendidikan, Radzi Jidin.

Radzi dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras) berkata, kadar keciciran di peringkat sekolah rendah meningkat daripada 0.12 peratus tahun lalu kepada 0.13 peratus tahun ini.

Katanya, kadar keciciran pelajar sekolah menengah juga meningkat daripada 1.14 peratus tahun lalu kepada 1.26 peratus akibat wabak Covid-19.

“KPM akan terus melaksanakan pelbagai usaha dalam membendung risiko keciciran murid. Ini adalah bagi memastikan anak-anak generasi masa depan negara dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan di sekolah ,” katanya.

Menurut data Kementerian Pendidikan yang dikemas kini pada 31 Julai, terdapat seramai 2,741,837 pelajar mendaftar di sekolah rendah dan 2,037,433 pelajar mendaftar di peringkat sekolah menengah.

Wabak Covid-19 dan pelbagai fasa perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan sejak Mac menyaksikan ribuan pelajar di seluruh negara tidak dapat bersekolah dan beralih kepada pembelajaran secara dalam talian dari rumah.

Namun, kajian yang dilakukan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) dan Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) terhadap keluarga miskin bandar di Lembah Klang mendapati jumlah pelajar yang kembali ke sekolah menurun ketika ia dibuka semula pada Julai lalu.

Tinjauan itu mendapati hampir satu perlima pelajar daripada 500 keluarga hilang minat untuk bersekolah semula sejak tempoh perintah kawalan pergerakan dikuuatkuasakan, dengan tujuh peratus pelajar sekolah menengah memilih untuk tidak kembali ke sekolah

Berita Penuh :.https://www.malaysiakini.com/news/550490

COMMENTS