Menangis itu penting dan ada manfaatnya tau.. Jika kurang menangis, boleh akibatkan mata jadi kering

Menangis itu penting dan ada manfaatnya tau.. Jika kurang menangis, boleh akibatkan mata jadi kering..

APABILA pekerjaan seseorang menuntut mereka sering menghadap skrin komputer, masalah mata kering memang tidak dapat dielakkan.

Kondisi itu berlaku akibat kekurangan air mata yang berfungsi untuk melembap dan menyuburkan organ tersebut.

Laman perubatan berprestij antarabangsa, Mayo Clinic berkata, apabila keadaan itu terjadi, ia boleh memicu kepada keradangan yang mungkin boleh menimbulkan rasa pedih atau terbakar.

Berdasarkan jurnal perubatan berjudul Patient-Reported Burden of Dry Eye Disease in the United States: Results of an Online Cross-Sectional Survey, kira-kira 16 hingga 49 juta penduduk Amerika Syarikat (AS) berdepan dengan masalah tersebut.

Sementara American Academy of Ophthalmology pula menyatakan, seramai 4.88 juta penduduk AS yang berusia 50 tahun ke atas mempunyai keradangan mata.

Kaum Hawa mendominasi masalah kesihatan tersebut dengan mencatatkan sebanyak 3 juta pesakit berbanding 1.68 juta pesakit lelaki.

Bagi mengulas lanjut tentang mata kering, SinarPlus menghubungi Pakar Optalmologi, Hospital Islam Az-Zahrah, Dr Nazrah Mohamed Ramli.

Menurut Dr Nazrah, mata kering merupakan penyakit pada permukaan mata yang terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan lapisan air mata yang meliputi kornea.

Terdapat banyak faktor yang menyumbang. Antaranya kurang penghasilan lapisan air mata disebabkan oleh sindrom sjogren (gangguan sistem imun), kelenjar lacrimal tidak normal diikuti dengan penggunaan ubat titis mata.

“Antara punca lain yang telah dikenal pasti adalah lapisan air mata mudah tersejat akibat penyakit pada kelenjar meibomian dan kelopak mata.

“Seterusnya adalah usia yang semakin meningkat, mata kurang berkedip, persekitaran, alergi, pemakaian kanta lekap dan kekurangan vitamin A.

Apabila permasalahan seperti yang disebut berlaku, secara tidak langsung ia akan menyumbang kepada keradangan dan rangsangan saraf tidak normal,” terangnya.

Bahana ubat-ubatan

Merujuk penulisan Healthline pula, individu yang sedang aktif mengambil ubat-ubatan seperti pil tidur, ubat darah tinggi atau ubat untuk mengurangkan keresahan berupaya mendorong kepada mata kering.

“Bukan itu sahaja, berada dalam persekitaran yang kering dan berasap dalam jangka masa yang panjang juga antara punca-puncanya,” kata Healthline.

Secara asasnya, air mata memainkan peranan yang sangat signifikan dalam mengekalkan keupayaan penglihatan yang baik.

National Eye Institute menghuraikan secara terperinci fungsi air mata kepada manusia. Antaranya:

-Menjadikan permukaan mata basah dan lembut.
-Membantu mata untuk fokus pada cahaya supaya dapat melihat dengan jelas.
-Mengeluarkan bendasing yang ada di dalam mata.
-Melindungi mata daripada jangkitan.

Kepada satu soalan, Dr Nazrah berkata, mata kering biasanya menimpa mereka yang berusia lebih 65 tahun, terutamanya kepada wanita yang telah putus haid.

IA JUGA BOLEH BERLAKU KEPADA INDIVIDU YANG BERGANTUNG KEPADA PENGGUNAAN UBAT TITIS TERUTAMA PESAKIT GLAUKOMA DAN GOLONGAN YANG MILIKI PENYAKIT LAIN SEPERTI DIABETES, ALERGI DAN AUTOIMUN,” KATANYA.

Menurut pakar itu lagi, apabila air mata yang dihasilkan oleh seseorang tidak mencukupi, ia akan mengakibatkan gejala seperti ketidakselesaan, pedih atau rasa berpasir di dalam mata.

BACA JUGA:

UniSZA bekerjasama dengan SME Bank perkasa bidang keusahawanan

PDRM berjaya rampas pelbagai jenis dadah, ketum bernilai RM8.76 juta

Pasangan kekasih akan didakwa di Mahkamah esok berkait kes pembunuhan

+ posts