Mengejutkan !! Wanita ini dakwa sudah 40 tahun tak tidur

Mengejutkan !! Wanita ini dakwa sudah 40 tahun tak tidur

Tidur merupakan keadaan rehat badan semula jadi yang dialami semua manusia. Ia mempunyai satu tujuan iaitu bagi membenarkan tubuh untuk berehat sebelum bersedia menjalani hari yang memenatkan. Kebiasaannya, manusia tidur antara 7 hingga 9 jam setiap hari.

Namun berbeza bagi seorang wanita dari Henan, China, dikenali sebagai Li Zhanying, yang mendakwa dirinya tidak pernah tidur selama lebih 40 tahun.

Perkara itu disahkan oleh suami, saudara mara dan juga jirannya yang berkata Li hanya pernah tidur ketika usianya lima atau enam tahun, dan sejak dari itu beliau tidak pernah pun tidur sehinggalah kini.

wanita ini dakwa dirinya sudah 40 tahun tak tidur

BACA JUGA : Tasik terbesar di Turki kini kering kontang

Beberapa tahun lalu, jirannya cuba untuk menguji sejauh mana Li mampu bertahan pada waktu malam dengan bermain permainan kad. Namun nyata jiran-jiranya tewas dan pulang tidur ke rumah masing-masing, namun Li masih berjaga hingga ke pagi.

Suami Li, Lio Suoquin mengesahkan isterinya tidak pernah tidur dan setiap malam Li akan melakukan kerja-kerja rumah bagi mengisi masa. Beliau pernah cuba memberikan pil untuk mudahkan isterinya tidur, namun tetap tidak berhasil.

Li pernah dibawa berjumpa pakar, namun doktor tidak menemui sebarang masalah padanya. Namun, selepas melawat sebuah pusat perubatan di Beijing, teka-teki mengenai masalah Li sudah pun terjawab. Menurut doktor yang menjalankan ujian terhadap Li, wanita itu sebenarnya tidur namun bukan seperti manusia lain.

wanita ini dakwa dirinya sudah 40 tahun tak tidur

Data dikumpulkan selama 48 jam bagi memerhatikan gelombang otak wanita tersebut dan mereka mendapati Li sebenarnya tidur dengan mata terbuka dan juga dalam keadaan sedar. Ia membuatkan organ dan sarafnya berada dalam keadaan aktif, meskipun sebenarnya beliau sedang tidur.

Doktor mengatakan bahawa Li sebenarnya ditipu oleh otaknya sendiri. Ketika dia sedang berehat, sebahagian badannya sudah tidak aktif. Contohnya, ketika berbual dengan suaminya, bebola matanya menunjukkan pergerakan perlahan yang menunjukkan bahawa dia sebenarnya sedang tidur, namun dalam keadaan seakan berjaga.

Suaminya pernah cuba beri dia makan pil untuk mudahkan isterinya tidur, namun tetap tidak berhasil. Ini sebabnya wanita ini tidak boleh tidur..

Sumber : https://bm.syok.my/info/wanita-ini-tak-pernah-tidur-selama-40-tahun

COMMENTS