Meninggal dunia sejurus hakim putuskan hukuman

Meninggal dunia sejurus hakim putuskan hukuman

Seorang lelaki warga asing yang juga pesalah narkotik pengsan selepas hakim membacakan hukuman dijatuhkan ke atasnya sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, pesalah dikenali sebagai Hadirun, 42, sebelum ini ditahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dibawa ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu untuk penghakiman.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd. Rakman berkata, lelaki terbabit tiba-tiba pengsan sehingga mengejutkan petugas mahkamah sejurus hakim menjatuhkan hukuman terhadapnya.

“Orang Kena Tahan (OKT) terbabit kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk mendapatkan rawatan lanjut bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 12.06 tengah hari dipercayai akibat serangan jantung.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, George berkata, OKT berasal dari Buton, Indonesia dan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan dan diarahkan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas hukuman selesai bagi tujuan pengusiran

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2020/12/08/meninggal-dunia-sejurus-hakim-putuskan-hukuman/

COMMENTS