Menteri beri bayangan takwim persekolahan bakal kembali bermula Januari

Menteri beri bayangan takwim persekolahan bakal kembali bermula Januari

Menteri beri bayangan takwim persekolahan bakal kembali bermula Januari. Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan akan mengembalikan semula takwim persekolahan yang bermula pada Januari seperti sebelum ini.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, ibu bapa tidak perlu risau kerana kementerian yang dinaunginya sedang berusaha ke arah itu.

Bagaimanapun, katanya, perkara berkenaan masih belum boleh dilaksanakan tahun hadapan memandangkan perlu menyelesaikan pelbagai justifikasi mengikut Akta Pendidikan 1996.

“Tidak dinafikan kita (KPM) banyak menerima permintaan supaya sesi persekolahan seperti sebelum ini (Januari) dapat dikembalikan semula.

“Jangan risau, kita akan balik semula (takwim persekolahan) kepada Januari, cuma pada ketika ini kita perlu menyelesaikan pelbagai justifikasi berhubung perkara ini terlebih dahulu mengikut kepada Akta Pendidikan.

Menteri beri bayangan takwim persekolahan bakal kembali bermula Januari

“Sebagai contoh jumlah hari bersekolah seperti dalam Akta Pendidikan hendaklah tidak kurang daripada 190 hari, disamping mengambil kira takwim sekolah di negeri kumpulan A dan B,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal meluangkan masa lebih tiga jam bagi mendengar permasalahan rakyat di kawasannya membabitkan pelbagai isu untuk perhatian di Pusat Khidmat Rakyatnya di sini, hari ini.

Sebelum ini, sesi persekolahan berubah susulan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan takwim persekolahan bagi 2022/2023 bermula pada Mac 2022.

Takwim bagi sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula pada 10 dan 11 Mac tahun hadapan mengikut negeri.

Jelas Fadhlina, perubahan semula takwim persekolahan juga perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat dan banjir pada hujung tahun, selain tidak mengganggu jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

BACA:

Ini nasihat padu Lufya kepada Puteri Sarah

Kongsi tutorial makeup, anak Wawa Zainal jadi mangsa kecaman netizen

Nekad ! Setelah hilang segalanya, kerja tak ada, duit tak ada, kawan-kawan pun hilang