Menteri doakan Salah, Harimau Malaya, Safawi

Menteri doakan Salah, Harimau Malaya, Safawi

Perkembangan terbaru mengenai pemain Liverpool, Mohamed Salah yang didapati positif COVID-19 turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri.

Dalam kemaskini di laman Instagramnya, Zulkilfi mengakui terkejut selepas pemain yang mewakili pasukan kegemarannya itu turut dijangkiti COVID-19 dan beliau mendoakan pemain sayap itu dapat segera sembuh daripada virus terbabit.

Malah, beliau turut mendoakan skuad kebangsaan juga turut terhindar daripada sebarang insiden yang tidak diingini.

“Menjadi kelaziman hujung minggu jika ada masa lapang, saya menonton Astro Arena. Agak terkejut bila tahu Mohamed Salah positif COVID-19. Saya doakan beliau segera sembuh.

“Harapan saya juga agar skuad Harimau Malaya turut dipelihara daripada sebarang musibah, kekal sihat seperti seadanya,” kata Zulkifli.

Dalam hantaran sama, beliau juga sempat menitipkan doa selain turut meninggalkan komen dengan bertanya khabar kepada pemain kebangsaan, Safawi Rasid yang kini berkelana ke Portugal.

“Safawi Rasid di sana sihat? Jaga kesihatan dan jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah. Moga diselamatkan dan dipelihara dari sebarang musibah,” titipnya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/11/754463/menteri-doakan-salah-harimau-malaya-safawi

COMMENTS