Mesti ramai Wanita suka ketap peniti di bibir sebelum bertudung kan? Akibatnya wanita ini tertelan jarum tanpa sengaja

Mesti ramai Wanita suka ketap peniti di bibir sebelum bertudung kan? Akibatnya wanita ini tertelan jarum tanpa sengaja.

NAK berhias pun kena berhati-hati terutamanya ketika mengendalikan aksesori berisiko seperti jarum.

Bagi kaum wanita, amalan mengepit atau mengetap jarum menggunakan bibir semestinya menjadi perkara biasa.

Namun sedarkah anda wahai hijabista bahawa tabiat itu boleh membahayakan nyawa?

Sebagaimana tular di aplikasi TikTok, seorang doktor berkongsi pengalamannya merawat pesakit tertelan jarum peniti semasa sedang memakai tudung.

Menerusi video itu doktor berkenaan berkongsi hasil imbasan Xray bagi menunjukkan penemuan jarum peniti dalam badan seorang wanita.

Hingga kini video yang dimuat naik menerusi akaun @hanyafototulang meraih 1.9 juta jumlah tontonan.

“Sekadar mengingatkan, ini imbasan Xray seorang pesakit. Abdomen pesakit itu didiagnosis mempunyai corpus alienum atau kewujudan bendasing dalam tubuh.

“Ini kes wanita berhijab yang meletakkan jarum peniti di mulut. Akhirnya dia tertelan jarum itu.

“Jarum dah masuk ke dalam usus. Kalau tersekat lebih daripada 12 jam, pembedahan akan dijalankan,” katanya pada video berkenaan.

Walaupun kejadian ini dikatakan berlaku di Indonesia, ia boleh dijadikan peringatan buat semua wanita yang bertudung.

Bagi kaum adam yang ternampak perkara sama berlaku depan mata, jangan lupa untuk tegur!

BACA JUGA:

Mana satu lebih baik, gula perang atau gula putih?

LIMA Tanda Bayi Kurang Susu.. Mommies sila ambil tahu!

Hanya guna dua bahan untuk jadikan cermin berkilat.. Ikut cara Jepun ini!

+ posts