Misteri kereta terbakar masih menjadi tanda tanya. Seorang individu maut dalam kebakaran sebuah kereta di Jalan Shapadu, Kg Sungai Pinang, Klang, Selangor.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.27 pagi, pada Jumaat.
“Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar sepenuhnya.
“Pihak bomba mendapati terdapat seorang mangsa di tempat pemandu turut terbakar 100 peratus dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Bagaimanapun identiti mangsa tidak dapat dipastikan setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Norazam berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
BACA:
Stadium Kanjuruhan bakal dirobohkan kerana “kisah hitam” yang berlaku
Tarikh rasmi PRU 15 adalah pada 19 November 2022 – SPR
Meta keluarkan sistem terjemah bahasa pertama didunia