MP Pasir Mas sokong cadangan Lim Guan Eng

MP Pasir Mas sokong cadangan Lim Guan Eng

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menyokong gesaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya parti lain tidak meletakkan calon untuk melawan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Gerik nanti.

Kata Naib Ketua Pemuda Pas itu, ia sebagaimana beliau setuju perkara sama dipraktikkan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi.

“Ini masa rakyat sedang bergelut dengan nyawa,” katanya ringkas di Facebook hari ini.

Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini menggesa parti lain supaya tidak meletakkan calon untuk melawan UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Gerik berikutan kematian Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Hasbullah Osman semalam.

Guan Eng berkata, PRK yang bakal berlangsung di situ boleh menimbulkan risiko kesihatan dan keselamatan awam berikutan Malaysia berada di tengah-tengah lonjakan tinggi jangkitan Covid-19.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/110652/BERITA/Politik/Ahli-Parlimen-Pasir-Mas-sokong-gesaan-Guan-Eng

COMMENTS