Mufti Terengganu pertikai penggunaan vaksin Covid-19, ini penjelasannya..

Mufti Terengganu pertikai penggunaan vaksin Covid-19, ini penjelasannya..

Jabatan Mufti Negeri Terengganu tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan penggunaan vaksin Covid-19 seperti yang tular di media sosial.

Mufti Terengganu, Profesor Madya Dr Mohamad Sabri Haron berkata, segala tuduhan, tohmahan dan sebarang kenyataan yang tidak benar itu harus dihentikan serta merta dalam apa jua medium penyebaran.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan kenyataan di luar konteks sebenar oleh pihak tidak bertanggungjawab itu.

BACA JUGA : Mulai 1 November, 43 jenis ‘smartphone’ tak boleh akses Whatsapp

“Pihak Jabatan Mufti Terengganu bersetuju dan selari dengan ketetapan yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-10 yang bersidang pada 3 Disember 2020.

“Semua rakyat Terengganu khususnya dinasihatkan mengambil vaksin Covid-19 sebagai satu usaha dan ikhtiar dalam mengekang penularan wabak berkenaan sebagaimana keputusan Mesyuarat Fatwa Negeri Terengganu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Sabri berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang bersidang pada 28 Julai lalu membuat keputusan bahawa pihak pemerintah boleh menetapkan apa juga arahan dalam usaha membendung penularan Covid-19 selama mana tujuannya untuk kebaikan dan mendatangkan maslahah kepada rakyat sebagai salah satu alternatif dalam dunia perubatan masa kini.

BACA JUGA : Tular video pengasuh dera kanak-kanak autisme

Katanya, hukum penggunaan vaksin Covid-19 yang telah disahkan dan diperakui selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah harus demi menjaga nyawa manusia dan mengekang penularan jangkitan kuman Covid-19.

Sebelum ini, tersebar di media sosial yang memetik kenyataan Mufti Terengganu berkenaan isu vaksin Covid-19 bertarikh 6 September lalu yang dilihat seolah-olah mempertikaikan pengambilan vaksin itu.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/762576/mufti-terengganu-nafi-keluarkan-kenyataan-pertikai-vaksin

COMMENTS