“Mungkin tertidur”, pasangan ditemui rentung dalam kontena dipercayai kekasih

“Mungkin tertidur”, pasangan ditemui rentung dalam kontena dipercayai kekasih

“Mungkin tertidur”, pasangan ditemui rentung dalam kontena dipercayai kekasih. Penemuan mayat dua individu yang rentung dalam sebuah pondok keselamatan di Taman Bayam Indah, Lunas di Kulim, malam tadi, menjadi tanda tanya berikutan pintu pondok itu berkunci dari dalam ketika kejadian berlaku.

Pasukan Bomba dan Penyelamat yang tiba ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan 10.56 malam, terpaksa mengopak pintu bagi memadam kebakaran dan mengeluarkan mayat terbabit.

Difahamkan, dua individu yang ditemukan rentung dalam pondok keselamatan itu berkemungkinan pasangan kekasih.

Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa terbabit.

Beliau berkata, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sudah melakukan siasatan di lokasi kejadian untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.

"Mungkin tertidur", pasangan ditemui rentung dalam kontena dipercayai kekasih

“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, berdasarkan laporan bomba mendapati tiada elemen khianat. Pemeriksaan lanjut mendapati pondok keselamatan itu berkunci dari dalam dan setakat ini, siasatan terperinci masih dilakukan.

“Mungkin ketika kejadian mereka (mangsa) sedang tidur atau tak sedar, biarlah siasatan dilakukan terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.

Wan Hassan berkata, siasatan awal mendapati, mangsa lelaki berusia 30-an dan dipercayai bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ, manakala mangsa wanita berusia 20-an.

Beliau berkata, mayat pasangan itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk proses bedah siasat.

“Mayat kedua-dua individu itu rentung antara 70 hingga 80 peratus dan sukar untuk dikenal pasti malah hasil pemeriksaan mendapati keadaan pondok keselamatan itu kecil.

“Selain itu, pemeriksaan juga mendapati tiada penyambungan masuk elektrik di situ dan ada sofa yang mungkin terbakar dalam keadaan mereka tak sedar,” katanya.

Menurutnya, pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa memecahkan pintu pondok keselamatan terbabit untuk memadamkan kebakaran itu.

Katanya, sekiranya ada unsur lain, pihaknya akan siasat lebih lanjut dan setakat ini kejadian itu disiasat mengikut mati mengejut.

“Pasangan itu dipercayai warga tempatan dan akan melakukan pemeriksaan DNA (asid deoksiribonukleik) terlebih dahulu untuk mengesahkan identiti mangsa berkenaan, ” katanya.

BACA:

Penjenayah ditembak mati rupanya ada 64 rekod lampau

Sah Annuar Musa dilucutkan keahlian Umno

Bergambar dengan lelaki lebih berusia, Qistina Raisah tiba-tiba berang