Myvi turun harga ke RM25,000?

Myvi turun harga ke RM25,000?. SEJAK Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dilantik menyertai kabinet sebagai Menteri Ekonomi, formula menurunkan harga kereta yang pernah dikupas Rafizi kembali ditularkan netizen.

Merak juga antara rakyat Malaysia yang tidak sabar menunggu penurunan harga kereta selepas melihat harga sebenar kereta Perodua Myvi menurut Rafizi hanya sekitar RM25,000 tidak termasuk cukai.

Selain Myvi, menurut Rafizi, harga sebenar tak termasuk cukai kereta Toyota Camry pula ialah RM71,000 manakala harga sebenar Honda Civic kira-kira RM63,000.

Merak tidaklah teruja sangat dengan penurunan hampir separuh harga Toyota Camry dan Honda Civic yang dikupas Rafizi, namun teruja dengan harga mampu milik Myvi berkenaan.

Pada harga RM25,000 seunit, Merak percaya kereta berkenaan mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat di negara ini. Harga ini serupa dengan kereta Perodua Kancil satu masa dulu yang menyaksikan kereta tersebut menjadi pilihan orang ramai terutamanya mereka yang baru bekerja.

Myvi turun harga ke RM25,000?

Kereta dipakai Merak Jalanan untuk ke pejabat juga telah melebihi usia 10 tahun. Jika pada harga RM25,000, Merak Jalanan pun teruja nak ‘sambar’ satu Myvi untuk kegunaan ke pejabat.

Namun yang menjadi persoalan Merak ialah kehilangan pendapatan negara sekiranya cukai-cukai yang dikenakan kepada kereta baharu yang dijual dihapuskan.

Bagaimanakah kerajaan dapat mengganti kehilangan pendapatan itu agar tidak menjejaskan kemampuan kerajaan untuk berbelanja?

Namun Merak percaya Rafizi sebagai Menteri Ekonomi tentunya mempunyai kuasa yang lebih cukup untuk merealisasikan formula harga kereta yang dikupasnya sebelum ini.

Beliau juga sebelum ini mendakwa sekiranya parti itu mentadbir negara, harga kenderaan yang dijual di Malaysia bakal diturunkan.

BACA:

Durian di Singapura turun harga

Kembalikan UPSR, ibu bapa rayu kerajaan buat pertimbangan

Kerajaan Sabah akan bertukar, ini penjelasan Bung

+ posts