Naik gaji itu semua dengan restu rakyat yang kununnya miskin?

Naik gaji itu semua dengan restu rakyat yang kununnya miskin?

Sekarang heboh memperkatakan akan hasil sidang Dewan Negeri serambi Mekah akan perihal kenaikan gaji orang politik yang berjawatan Ahli Dewan Negeri.

Saya ambil pendekatan mudah. Negeri yang diperintah oleh alim ulama dan disokong oleh Pak Lebai tentulah tidak semberono membuat keputusan dan kenyataan yang setengah kalangan rakyat terguris hatinya.

Dalam saat rakyat kena bertempur menghadapi virus C19. Menghadapi kesusahan meneruskan kehidupan para pemimpin Parti pemerintah mendapat kenaikan gaji dan mungkin juga elaun.
Percayalah mungkin pemimpin Kerajaan sudah menilik (ayat P Ramlee) akan semua kitab, termasuk al-Quran, mencari hadis yang membolehkan dan mungkin ada sirah Nabi yang menjadi sunnah membolehkan pemimpin umat kena didahulukan kebajikannya termasuk gaji dan upah dari rakyat yang dipimpinnya kerana ada nas di bolehkan dalam Islam.
Jika bukan kerana diperintah oleh mereka yang syumul, saya pasti menulis mengecam kenaikan gaji dan elaun itu.

Tetapi apa nikmat mereka yang 18 orang Ahli Parlimen sudah dapat kerana menyertai Kerajaan PN. Mereka di negeri Serambi Mekah mahu juga merasa.

Sekurang sekarang sudah menjadi sebahagian Kerajaan Persekutuan isu wang Royalti Minyak bukan isu lagi. Akan melimpah ruah banyaknya, di samping bantuan kepala, datang lagi berbagai bantuan. Maka Kerajaan tidak lagi miskin wang, yang miskin negeri dan rakyatnya.

Apa pun tidak boleh disalahkan keputusan gaji itu kepada pemerintah. Kerana mereka berada di jawatan politik kerana rakyat yang memilih.

Jika berlaku pilihanraya.. Rakyat yang kununnya miskin, sebahagian mandi air berwarna. tea o, kadang-kadang warna tea tarik. Maka lebih jangan di sanggah apa-apa.

Sebabnya mereka tetap mengundi bulan. Walau pun bulan tidak pernah merindukan mereka, tetapi rakyat di Serambi Mekah tetap merindukan bulan kerana mereka sebahagiannya saperti burung pungguk yang keluar malam, waktu siang mereka tidur.

Kesimpulannya apa salahnya naik gaji. Itu semua dengan restu rakyat yang kununnya miskin?

Berita penuh :http://suarapakatandaily.com/archives/30466

COMMENTS