Najib berang dengan MP Sepang kerana di ejek ‘mak bidan’

Najib berang dengan MP Sepang kerana di ejek ‘mak bidan’

Datuk Seri Najib Razak membidas kritikan Ahli Parlimen (MP) Sepang, Hanipa Maidin dengan memberi gelaran mak bidan terhadapnya yang mahu menemani anaknya selama sebulan di Singapura.

Bekas Perdana Menteri (PM) itu naik angin dengan Hanipa yang mempersoalkannya selepas menerima pasport untuk ke Singapura walaupun sudah disabitkan hukuman mahkamah hanya semata-mata mahu bersama anaknya yang bakal bersalin tidak lama lagi.

“Kalau YB Sepang pandai matematik, ini adalah tempoh sehingga 15 hari termasuk tempoh kuarantin di sana.

“Kamu ni fikir zaman pandemik sudah berakhir ke? Kau ini apa pun tak faham. Hanya tahu main sentimen,” kata Najib lapor Malaysiakini.

Najib berkata akan menyerahkan semula pasportnya selepas selesai ke Singapura pada 6 Disember nanti.

“Jadi saya cadang ke sana pada 21 November dan pulang sebelum 5 Disember untuk saya serahkan kembali pasport pada 6 Disember,” ujarnya.

Bagaimanapun, tempoh kuarantin dikenakan Singapura terhadap rakyat Malaysia bukan 15 hari seperti dakwaan Najib, sebaliknya hanya 10 hari sahaja.

Hanipa di Dewan Rakyat hari ini mempersoalkan kenapa kerajaan membenarkan Najib ke luar negara selama sebulan untuk melawat anaknya Nooryana Najwa bersalin.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan minggu lalu membenarkan permohonan Najib mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara bermula 20 Oktober hingga 22 November ini.

Isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga dikembalikan pasportnya untuk tujuan sama.

Bagaimanapun, Najib pada 22 Oktober menangguhkan perjalanan ke Singapura bagi membantu jentera parti UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan berlangsung 20 November depan.

Untuk rekod, Najib sudah dijatuhi hukuman bersabit satu pertuduhan di mahkamah dan masih berdepan banyak lagi perbicaraan, sementara isterinya juga sedang dibicarakan di mahkamah.

Sumber : https://www.agendadaily.com/isu-semasa/najib-nafi-dirinya-mak-bidan-naik-angin-dengan-mp-sepang/

COMMENTS