Najib didakwa tinggal dalam rumah, ini jawapan Jabatan Penjara

Najib didakwa tinggal dalam rumah, ini jawapan Jabatan Penjara

Najib didakwa tinggal dalam rumah, ini jawapan Jabatan Penjara. Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditempatkan di sebuah rumah dalam kawasan penjara.

Jabatan tersebut menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan bahawa khabar angin tersebut palsu dan tidak sahih.

“Maklumat tidak sahih. Hentikan penyebarannya,” katanya pada Rabu.

Najib didakwa tinggal dalam rumah, ini jawapan Jabatan Penjara

Pada Selasa, tular satu tangkap layar dipercayai kiriman WhatsApp yang kemudiannya dimuat naik di Facebook menyatakan bekas Perdana Menteri itu ditempatkan di sebuah rumah.

“Sahabat sepupu yang merupakan pegawai kanan Jabatan Penjara memaklumkan bahawa Najib tidak berada dalam sel sebaliknya berada di sebuah rumah di dalam kawasan penjara.

“Rumah ini merupakan rumah untuk pegawai kanan penjara,” dakwa khabar angin tersebut.

BACA:

Parking petak kosong pun kena clamp, lelaki keliru

Kedai Motor tayang senarai pelanggan tak bayar hutang, ramai naik Yamaha Y15ZR

Warga emas maut selepas lakukan hubungan intim dengan kekasih gelap