Nak hilangkan kesan gam sticker road tax di cermin kereta, mudah je… Calit mayonis pun boleh

Nak hilangkan kesan gam sticker road tax di cermin kereta, mudah je… Calit mayonis pun boleh.

PELEKAT cukai jalan atau road tax untuk kenderaan persendirian secara rasminya dimansuhkan bermula 10 Februari lalu.

Berita gembira itu memberi kelegaan kepada pemilik kenderaan yang selama ini sering berdepan dengan masalah kualiti pelekatnya.

Manakan tidak, setiap kali mahu menanggalkannya pasti kesan gam melekat pada cermin kereta.

Namun jangan bimbang kerana terdapat beberapa bahan atau peralatan yang ada di rumah boleh digunakan untuk menyingkirkan gam ini, antaranya:

*1. Natrium karbonat (soda ash dense)*

Natrium karbonat atau soda ash dense dapat digunakan untuk menghilangkan kesan gam daripada label atau stiker pada botol kaca mahupun plastik.

Caranya:

Campurkan setengah cawan air suam bersama sedikit soda ash dense dan sapukan pada permukaan cermin yang mengandungi kesan gam.

Biarkan selama 30 minit sebelum dibersihkan menggunakan kain atau tisu.

*2. Pengering rambut*

Pengering rambut adalah salah satu pilihan terbaik kerana mampu memudahkan stiker lama tercabut.

Caranya:

Arahkan pengering rambut ke arah label yang ingin dicabut.

Halakannya selama sekitar 30 saat supaya udara panas dapat mengecutkan pelekat tersebut.

*3. Alkohol*

Anda boleh gunakan beberapa produk yang mempunyai bahan mengandungi alkohol seperti penghapus cat kuku.

Caranya:

Rendam kain atau paper towel ke dalam produk mengandungi bahan alkohol, lalu tekapkan pada keliling kesan pelekat.

Biarkan selama sekitar 30 minit, lalu gosok pelekatnya.

*4. Baking soda dan minyak kelapa*

Kombinasi baking soda dan minyak kelapa sangat efektif menyingkirkan stiker ‘degil’.

Minyak kelapa berfungsi membasahi dan mengendurkan kertas dan pelekat, manakala soda membantu menghilangkan kotoran.

Caranya:

Campurkan minyak kelapa dan baking soda secukupnya.

Gosokkan span yang direndam bersama campuran itu pada pelekat yang ingin ditanggal.

*5. Mayonis*

Lemak dan minyak yang terkandung dalam mayonis menjadikan bahan ini sangat berguna bagi menghapuskan pelekat.

Caranya:

Sapukan lapisan mayonis yang tebal pada permukaan pelekat dan biarkan selama 30 minit (atau lebih).

Bagi membersihkannya, gosok atau lap pelekat pada permukaan.

Selain itu, terdapat juga pelbagai bahan lain seperti cuka putih, sabun cuci pinggan dan lain-lain boleh digunakan. Selamat mencuba!

BACA JUGA:

Mesti tak selesa bila kaki sakit waktu tidur malam kan? Ini antara punca utama nya!

Bukan semua belalang adalah pelesit.. Kenal pasti ‘belalang pelesit’ yang perlu dibunuh jika masuk ke dalam rumah!!

Pernah makan lembu golek tak? Hah ini lembu golek pertama di Malaysia.. Dari jauh dah boleh hidu bau aromanya!

+ posts