“Nak Kahwin tak perlu jemput sekampung, orang tak kenal” – Chef Wan

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]”Nak Kahwin tak perlu jemput sekampung, orang tak kenal” chef wan restaurant chef wan instagram restoran chef wan cafe chef wan anak chef wan ayam masak merah chef wan [/bg_collapse]

 

Cef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menasihati pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan supaya tidak membazir dengan menjemput ratusan tetamu tidak dikenali.

Ujarnya, majlis perkahwinan zaman ini tldak perlu lagi mengikut cara seperti dahulu seperti jemputan tetamu dalam jumlah terlalu ramai.

“Sekarang ini buat majlis kecil-kecilan dengan menjemput 300 orang tetamu pun dah cukup. Tidak perlu lagi jemput satu kampung.

“Pengantin tidak kenal pun tetamu, tetapi ibu bapa pengantin yang jemput juga. Ada yang datang bawa anak ramai,” katanya.

Kata cef selebriti berumur 65 tahun itu, pasangan pengantin sepatutnya perlu lebih berjimat cermat dan tidak membazir dengan membuat hutang keliling pinggang untuk majlis perkahwinan.

"Nak Kahwin tak perlu jemput sekampung, orang tak kenal"  chef wan restaurant chef wan instagram restoran chef wan cafe chef wan anak chef wan ayam masak merah chef wan

“Hutang sana sini buat pening kepala. Sederhana sudah. Duit majlis nanti labur untuk rumah sendiri lagi baik,” katanya.

Dalam pada itu, Chef Wan turut mengakui semakin hilang rasa minat untuk memenuhi jemputan majlis perkahwinan terutama jika perlu bertemu dengan ramai tetamu tidak kenali.

“Masa kita (dirinya) pula macam emas. Baik digunakan untuk urusan sendiri daripada mengadap orang tidak di kenali. Kau tengok aku, aku tengok kau,” katanya.

Sekadar info, Chef Wan sebelum ini pernah menolak permintaan anak perempuannya, Serina untuk melangsungkan perkahwinan buat kali kedua di kediamannya kerana tidak mahu lagi menanggung kos perkahwinan anaknya. Chef Wan sebaliknya menyarankan Serina berkahwin di masjid bagi mengelakkan pembaziran.

Nasihat sama juga diberikan kepada anak lelakinya, Muhammad Nazri apabila berkahwin buat kali ketiga pada 1 Januari lalu apabila dinasihatkan supaya tidak membazir ketika mengadakan majlis perkahwinan dan hanya melakukan perkara wajib (bernikah) sahaja.

BACA JUGA: Sharifah Sakinah berang dituduh murtad, siap tunjuk bukti

Neelofa kongsi pengalaman bersalin Muhammad Bilal, siap tunjuk reaksi suami

Peribadi atlet muslim di sukan Olimpik ini buat rakyat tersentuh

+ posts