Nak pinjam RM10,000, lesap RM18,960

Nak pinjam RM10,000, lesap RM18,960

Butterworth: Bala menimpa seorang penganggur selepas wang RM18,960 yang dipinjam dari ahli keluarga dan kenalannya lesap selepas diperdaya sindiket pinjaman wang tidak wujud.

Insiden bermula apabila lelaki berusia 29 tahun itu melihat iklan pinjaman wang sebuah syarikat di Internet baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa berminat untuk meminjam kemudian menghubungi ejen syarikat terbabit.

“Mangsa mahu meminjam RM10,000 dan pihak ejen syarikat itu mendakwa permohonan mangsa diluluskan namun dia perlu membuat bayaran pemprosesan.

“Tanpa menyedari dia terpedaya, mangsa memasukkan wang bayaran proses pinjaman secara berperingkat sehingga berjumlah RM18,960,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa membuat laporan polis semalam apabila menyedari ditipu selepas membuat semakan dengan polis.

“Mangsa memaklumkan dia tidak bekerja dan meminjam wang daripada ahli keluarga dan rakan untuk membuat bayaran proses berkenaan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/663475/nak-pinjam-rm10000-lesap-rm18960

COMMENTS