Neelofa dah tak ada job agaknya, asyik buat Live di media sosial?

Neelofa dah tak ada job agaknya, asyik buat Live di media sosial?. Pengacara popular, Neelofa tenang apabila ada peminat mendakwa dirinya seperti tiada tawaran kerja apabila kerap membuat siaran langsung di aplikasi TikTok sejak kebelakangan ini.

Neelofa bagaimanapun menjelaskan dia lebih selesa untuk tidak terlalu aktif dalam dunia seni kerana bimbang tiada masa untuk keluarga.

“Saya sendiri yang memilih untuk tidak melakukan banyak kerja sebab itu adalah pilihan saya. Cukuplah setahun satu kendalikan program Next To Neelofa.

Neelofa dah tak ada job agaknya, asyik buat Live di media sosial?

“Kalau setiap minggu keluar TV, tak bergerak kerja saya sebagai seorang ibu dan isteri. Saya pun ada banyak bisnes yang nak diuruskan,” katanya dalam satu siaran langsung di TikTok baru-baru ini.

Menurut Neelofa, dia gembira dengan keputusan yang dibuat dan berharap semoga semuanya dipermudahkan.

“Saya gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang. Doakan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.

Terdahulu seorang pengikut mempersoalkan kehadiran Neelofa yang kerap membuat sesi siaran langsung di aplikasi TikTok hingga mendakwa bekas pengacara MeleTOP itu sudah tiada tawaran kerja.

BACA:

Kena gelak kerana profesyen jual kayu api, tapi income buat ramai terbeliak mata

Kes gangguan seksual libatkan Ebit Lew, PU Azman… Ini nasihat padu Safiey Illias

Ameera Khan tampil berterus terang ‘misteri’ hilang dari IG berbulan-bulan

+ posts